Loading...

Dulu kata Najib jual negara, tapi kini diteruskan...

Loading...
Dulu kata Najib jual negara, tapi kini diteruskan... - kawan-kawan Hallo news malaysia on record, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Dulu kata Najib jual negara, tapi kini diteruskan..., Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Dulu kata Najib jual negara, tapi kini diteruskan...
link : Dulu kata Najib jual negara, tapi kini diteruskan...

Baca juga


Dulu kata Najib jual negara, tapi kini diteruskan...


Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hairan melihat projek-projek yang dilaksana semasa zaman pentadbirannya tetap diteruskan meskipun sebelumnya didakwa projek tersebut seolah-olah menjual negara.

Mengambil contoh projek pelabuhan Melaka Gateway, Najib mendakwa PH menuduh projek tersebut adalah bukti bahawa beliau sudah menjual negara kepada China.

Menurutnya, PH juga mendakwa projek itu tidak diperlukan kerana Malaysia sudah ada banyak pelabuhan.

“Bersungguh-sungguh mereka laungkan ayat sama sebelum PRU14. Berkerut-kerut wajah mereka menyebar fitnah itu.

“Pelik tapi benar, bulan Ogos lalu, Ketua Menteri PH Melaka berkata, bahawa projek-projek pelabuhan Melaka Gateway dan pelabuhan Kuala Linggi (yang juga pelaburan dari negara China) amat penting untuk pembangunan negeri

“Ia juga bakal membawa Melaka kembali ke zaman kegemilangan kesultanan Melaka,” katanya menerusi catatan di laman Facebooknya, tengahari tadi.

Melihatkan situasi tersebut, Ahli Parlimen Pekan itu berasa pelik kerana semasa beliau menjadi perdana menteri, beliau dituduh menjual negara disebabkan mahu melaksanakan projek berkenaan.

“Saya pelik mengapa projek yang dibuat semasa saya menjadi perdana menteri ialah ‘jual negara’ tetapi bila dibuat sekarang, ia tiba-tiba menjadi projek penting yang boleh membawa Melaka kembali ke zaman kegemilangan kesultanan Melaka,” ujarnya.

Mengambil contoh lain, Najib menegaskan perkara sama berlaku kepada projek Forest City di mana Menteri Besar Johor, Datuk Osman Sapian berkata, ia adalah projek yang banyak menyumbang kepada ekonomi Johor.

“Forest City juga diteruskan oleh kerajaan PH. 

Bagaimanapun, laporan berkata projek Melaka Gateway yang pada tahap pembinaan yang tinggi sudah tertangguh akibat polisi kerajaan negeri yang tak menentu.

“Projek Pan Borneo Highway tertangguh atau dilambatkan oleh kerajaan PH pada masa ini. Biarpun telah dilambatkan tetapi saya harap projek ini akan diteruskan kerana amat penting untuk Sabah dan Sarawak,” ujarnya.

Tambahnya lagi, projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) yang dilaksanakan semasa zaman pentadbirannya juga ditangguhkan pembinaannya buat masa sekarang dan tidak pasti samada ia akan diteruskan atau tidak.

“Jika benar diteruskan, sudah tentu tak dapat memulakan operasi pada 2026 sebagaimana direncanakan sebelum PRU14.

“Manakala ECRL (Laluan Keretapi Pantai Timur) pula telah dihentikan walaupun pada tahap pembinaan 20 peratus. 

Penang Sentral juga sudah mula beroperasi bulan lepas.

“Taman Tema Fox di Genting juga mengalami masalah. Bulan lalu, Fox telah tamatkan perjanjian mereka dengan Genting walaupun pembinaan taman itu sudah hampir siap,” katanya. - SH  #CelahGelegar


Thus Article Dulu kata Najib jual negara, tapi kini diteruskan...

Itulah artikel Dulu kata Najib jual negara, tapi kini diteruskan... Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Dulu kata Najib jual negara, tapi kini diteruskan... dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2018/12/dulu-kata-najib-jual-negara-tapi-kini.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Dulu kata Najib jual negara, tapi kini diteruskan..."

Catat Ulasan

Loading...