Loading...

[BISIKAN HALUS TUMBANGKAN TH] jangan lumpuhkan TH demi tutup kelemahan PH

Loading...
[BISIKAN HALUS TUMBANGKAN TH] jangan lumpuhkan TH demi tutup kelemahan PH - kawan-kawan Hallo news malaysia on record, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk [BISIKAN HALUS TUMBANGKAN TH] jangan lumpuhkan TH demi tutup kelemahan PH, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : [BISIKAN HALUS TUMBANGKAN TH] jangan lumpuhkan TH demi tutup kelemahan PH
link : [BISIKAN HALUS TUMBANGKAN TH] jangan lumpuhkan TH demi tutup kelemahan PH

Baca juga


[BISIKAN HALUS TUMBANGKAN TH] jangan lumpuhkan TH demi tutup kelemahan PH

Anggota Jawatankuasa Pusat PAS Dr Khairuddin Aman Razali mengingatkan agar pendedahan kedudukan kewangan Lembaga Tabung Haji (TH) semalam tidak menjadi "bisikan halus" untuk menumbangkan institusi utama umat Islam.
"Tabung Haji adalah aset besar bagi umat Islam. Jangan pula ia dijadikan alasan untuk menutup kelemahan kerajaan PH membayar dividen sepertimana sebelum ini kepada para pendeposit TH.
"Jangan juga ia menjadi satu hasutan halus agar umat Islam mengeluarkan deposit mereka sehingga akhirnya menumbangkan satu gergasi besar aset umat Islam," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Semalam, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Dr Mujahid Yusof mengumumkan Tabung Haji mengalami defisit RM4.1 bilion, apabila jumlah liabilitinya berjumlah RM74.4 bilion berbanding aset keseluruhan RM70.3 bilion.
Beliau juga berkata Tabung Haji melanggar syarat pembayaran dividen apabila membuat pembayaran itu di saat liabiliti melebihi aset sejak 2014.
Bayaran itu dibuat menggunakan wang pendeposit, kata Mujahid semalam.


Dalam pada itu, Khairuddin yang juga anggota parlimen Kuala Nerus menggesa kerajaan melantik juruaudit luar untuk mengaudit akaun Tabung Haji.
Beliau berkata ini kerana penilaian aset Tabung Haji terdedah kepada "permainan angka mengelirukan" seperti sebelum ini.
"Kerajaan perlu menyerahkan kepada audit luar dan bebas untuk melakukan audit terhadap akaun Tabung Haji. Sudah banyak kali kerajaan PH bermain dengan angka bagi mengelirukan masyarakat," katanya lagi.
Dalam pada itu, Khairuddin juga menyatakan kerisauannya terhadap rancangan kerajaan untuk mewujudkan sebuah syarikat tujuan khas bagi mengambil alih aset Tabung Haji.
"Cadangan itu kononnya untuk menyelesaikan masalah kewangan Tabung Haji bakal mendedahkan aset institusi itu, yang merupakan aset umat Islam, kepada pemilikan pihak luar.
"Ia perlu ditangguhkan sehingga audit luar mengesahkan dakwaan menteri," katanya lagi. - Malaysiakini #CelahGelegar


Thus Article [BISIKAN HALUS TUMBANGKAN TH] jangan lumpuhkan TH demi tutup kelemahan PH

Itulah artikel [BISIKAN HALUS TUMBANGKAN TH] jangan lumpuhkan TH demi tutup kelemahan PH Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel [BISIKAN HALUS TUMBANGKAN TH] jangan lumpuhkan TH demi tutup kelemahan PH dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2018/12/bisikan-halus-tumbangkan-th-jangan.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "[BISIKAN HALUS TUMBANGKAN TH] jangan lumpuhkan TH demi tutup kelemahan PH"

Catat Ulasan

Loading...