Loading...

Berbanggakah TERIMA Pemimpin UMNO pemakan rasuah masuk PH?

Loading...
Berbanggakah TERIMA Pemimpin UMNO pemakan rasuah masuk PH? - kawan-kawan Hallo news malaysia on record, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Berbanggakah TERIMA Pemimpin UMNO pemakan rasuah masuk PH?, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Berbanggakah TERIMA Pemimpin UMNO pemakan rasuah masuk PH?
link : Berbanggakah TERIMA Pemimpin UMNO pemakan rasuah masuk PH?

Baca juga


Berbanggakah TERIMA Pemimpin UMNO pemakan rasuah masuk PH?



KOTA KINABALU: Hari ini Umno Sabah menyaksikan kepimpinannya bertindak keluar parti beramai-ramai apabila sembilan daripada 10 Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Umno Sabah meninggalkan Umno.

Lima daripada enam ahli Parlimen dan dua senator juga merupakan antara yang keluar dari Umno pada Rabu.

Bagi kerusi DUN Sabah pula, Umno kini hanya memiliki satu kerusi berbanding 17 yang dimenanginya pada pilihan raya umum lalu. 

Sementara itu, timbalan presiden PBRS dan Anggota Parlimen Pensiangan, Arthur Joseph Kurup juga mengumumkan peletakan jawatan dalam BN pada hari ini.

Bekas pemimpin UMNO ini akan menyertai PPBM atau Parti WARISAN atau lain-lain komponen Pakatan Harapan.
PEMIMPIN UMNO RASUAH - TUN MAHATHIR
Pada September 2018 lalu pengerusi PPBM, Tun Dr Mahathir Mohamad memberi peringatan tidak mustahil untuk mereka ditimpa nasib seperti Umno jika mengikut amalan pemimpin parti itu yang didakwanya mengkayakan diri sendiri.
"(Perkara) yang merosakkan Umno ialah rasuah dan lain-lain perkara. Kalau kita juga menjadi parti yang dikuasai perasaan tamak, maka kita tahu kita akan ditolak rakyat.
"Usia kita bergantung kepada betapa jujurnya kita dalam usaha melawan rasuah. Kalau (BERSATU) buat benda baik (apabila saya sudah tiada nanti), saya rasa (BERSATU) akan kekal.
"Kalau terpengaruh dengan budaya Umno yang berjuang untuk diri sendiri, 'apa yang aku dapat', mereka tak akan lama; BERSATU akan ikut jejak Umno ditolak rakyat," katanya dalam wawancara bersama Malaysiakini dan Sinar Harian di Yayasan Kepimpinan Perdana.
BANGGAKAH PH TERIMA BEKAS PEMIMPIN UMNO RASUAH? ORGANISASI UMNO KAH YANG RASUAH ATAU PEMIMPIN UMNO?
Seorang Pensyarah Universiti Awam menyatakan INTEGRITI adalah suatu nilai murni atau kualiti unggul yang wujud dalam diri setiap individu. Seseorang yang berintegriti menjadikan beliau insan jujur dan amanah dalam setiap tingkah laku dan perbuatannya.
Integriti seseorang anggota dalam sesebuah badan atau organisasi pula akan menentukan keutuhan sesebuah organisasi tersebut.
Jadi isu rasuah yang berlaku dalam organisasi UMNO semasa parti itu berkuasa dahulu, adakah berpunca daripada individu atau pemimpin UMNO atau organisasi?
Jika individu atau pemimpin UMNO yang mengamalkan rasuah sebelum ini, adakah dengan memindahkan pemimpin rasuah itu ke dalam Pakatan Harapan akan menjadikan individu atau pemimpin itu bersih dan suci?
Fikir-fikirkan ....
Adakah Pakatan Harapan berbangga menerima pemimpin rasuah itu?



Thus Article Berbanggakah TERIMA Pemimpin UMNO pemakan rasuah masuk PH?

Itulah artikel Berbanggakah TERIMA Pemimpin UMNO pemakan rasuah masuk PH? Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Berbanggakah TERIMA Pemimpin UMNO pemakan rasuah masuk PH? dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2018/12/berbanggakah-terima-pemimpin-umno.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Berbanggakah TERIMA Pemimpin UMNO pemakan rasuah masuk PH?"

Catat Ulasan

Loading...