Loading...

Benarkah MALAIKAT juga buat SALAH seperti Kerajaan PH?

Loading...
Benarkah MALAIKAT juga buat SALAH seperti Kerajaan PH? - kawan-kawan Hallo news malaysia on record, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Benarkah MALAIKAT juga buat SALAH seperti Kerajaan PH?, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Benarkah MALAIKAT juga buat SALAH seperti Kerajaan PH?
link : Benarkah MALAIKAT juga buat SALAH seperti Kerajaan PH?

Baca juga


Benarkah MALAIKAT juga buat SALAH seperti Kerajaan PH?


Malaikat Tidak Melakukan Kesilapan
================ 
1. Dalam aqidah Islam, jumhur ulama’ menegaskan bahawa para Malaikat itu tidak melakukan kesilapan. Pandangan ini dinyatakan oleh al-Qadi Iyyad dan Al-Imam al-Suyuti. Mereka berhujah dengan dua ayat daripada al-Quran (Surah al-Tahrim: 6 dan Surah al-Anbiya’: 27) yang menggambarkan sifat Malaikat itu menerima arahan dan tidak melakukan kesilapan.  

2. Sheikh Said Sabiq ketika menghuraikan perkara ini turut berhujah dengan ayat 6 dari surah al-Tahrim. Pandangan ini menurut Sheikh Hasan Ayyub adalah pandangan yang lahir dari kesepakatan jumhur ulama berdasarkan dalil dari Quran dan Sunnah. (Said Sabiq, Aqidah Islamiyyah, 1/114, Hassan Ayyub, Tabsit, 1/186)

3. al-Imam al-Suyuti juga menggunakan ayat pertama dari Surah Fatir yang menyifatkan Malaikat sebagai utusan (Rasul), dan utusan Allah tidak mungkin melakukan kesilapan. (Umar Sulayman al-Ashqar, Alam al-Malaikat, 1/26).

4. Namun menurut al-Imam al-Qurtubi pula, terdapat juga mereka yang berpandangan bahawa Malaikat melakukan kesilapan. Mereka memetik pandangan dari ahli kitab (dikalangan Yahudi dan Kristian) berhubung kisah Harut dan Marut. Kisah ahli kitab ini sangat ganjil apabila mereka menggambarkan Malaikat tersebut telah meminum arak, menyembah berhala dan membunuh bayi.

5. Atas dasar itu itu, pandangan ini ditolak keras oleh sarjana Muslim termasuklah al-Imam al-Qurtubi, Ibn Kathir dan Sheikh Atiyyah Saqar. Menurut mereka, sandaran hujah Israiliyyat (kisah yang datang dari Bani Israel) yang dibawa oleh mereka ini disifatkan sebagai daif (lemah) bahkan bertentangan dengan al-Quran dan usul aqidah Islam. (Tafsir al-Qurtubi, 2/52, Umar Sulayman al-Ashqar, Alam al-Malaikat, 1/26).

6. Adalah sangat jelas menurut al-Quran, para Malaikat itu disifatkan sebagai makhluk yang sangat taat pada Allah serta tidak melakukan kesilapan dan dosa.

Moga Allah membimbing kita semua.

Oleh:Dr. Ahmad Sanusi Azmi

#CelahGelegar 


Thus Article Benarkah MALAIKAT juga buat SALAH seperti Kerajaan PH?

Itulah artikel Benarkah MALAIKAT juga buat SALAH seperti Kerajaan PH? Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Benarkah MALAIKAT juga buat SALAH seperti Kerajaan PH? dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2018/12/benarkah-malaikat-juga-buat-salah.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Benarkah MALAIKAT juga buat SALAH seperti Kerajaan PH?"

Catat Ulasan

Loading...