Loading...
Tajuk : Azmin bangkit lawan Gerakan MENGGULING Perdana Menteri
link : Azmin bangkit lawan Gerakan MENGGULING Perdana Menteri
Azmin bangkit lawan Gerakan MENGGULING Perdana Menteri
KUALA LUMPUR – Disebalik desas desus ada komplot untuk menggulingkan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali pantas menyatakan sokongan terhadap pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu.
Azmin dilihat antara pemimpin PH yang pertama menyatakan sokongan terhadap Dr Mahathir.
“Saya mendoakan semoga negara Malaysia kekal aman, makmur dan wibawa di bawah pentadbiran dan kepimpinan YAB @chedetofficial sebagai Perdana Menteri Malaysia,” katanya di akaun Twitter.
Ahli Parlimen Gombak itu juga antara yang pertama dilantik sebagai menteri Kabinet di bawah Dr Mahathir selepas gabungan itu memenangi Putrajaya, Mei lalu.
Mohamed Azmin kini berada di Mekah kerana menunaikan ibadah umrah dan beliau dalam perjalanan pulang ke Malaysia
Status itu dibuat Azmin selepas Ahli Jawatankuasa Komunikasi dan Mobiliti Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan mendedahkan bahawa ada komplot bagi menggulingkan Dr Mahathir.
Jelas Khairuddin, gerakan itu digerakkan oleh individu yang kecewa kerana tidak mendapat jawatan dalam Kabinet Dr Mahathir.
Beliau turut menggesa pihak terbabit supaya tidak bersikap kurang ajar kerana Perdana Menteri sedang bertungkus-lumus membangunkan semula negara dan memerlukan sokongan semua pihak. – Malaysia Gazette #CelahGelegar
Thus Article Azmin bangkit lawan Gerakan MENGGULING Perdana Menteri
Itulah artikel Azmin bangkit lawan Gerakan MENGGULING Perdana Menteri Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.
Anda sedang baca artikel Azmin bangkit lawan Gerakan MENGGULING Perdana Menteri dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2018/12/azmin-bangkit-lawan-gerakan-mengguling.html
0 Response to "Azmin bangkit lawan Gerakan MENGGULING Perdana Menteri"
Catat Ulasan