Loading...

(ALHAMDULILLAH) DBKL, polis benar himpunan ICERD 8 Dis

Loading...
(ALHAMDULILLAH) DBKL, polis benar himpunan ICERD 8 Dis - kawan-kawan Hallo news malaysia on record, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk (ALHAMDULILLAH) DBKL, polis benar himpunan ICERD 8 Dis, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : (ALHAMDULILLAH) DBKL, polis benar himpunan ICERD 8 Dis
link : (ALHAMDULILLAH) DBKL, polis benar himpunan ICERD 8 Dis

Baca juga


(ALHAMDULILLAH) DBKL, polis benar himpunan ICERD 8 Dis


KUALA LUMPUR - Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) membenarkan himpunan bantah ratifikasi Konvensyen Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD), Sabtu ini.

Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Nor Hisham Ahmad Dahlan berkata, kebenaran tersebut dibuat hasil mesyuarat bersama agensi kerajaan dan PDRM, hari ini.

Menurutnya, kebenaran itu diberikan atas keyakinan perhimpunan bakal diadakan secara aman.

"Kerana perhimpunan ini adalah perhimpunan kesyukuran jadi kami berpandangan lokasi diberikan itu akan memberikan lebih ruang kepada penganjuran itu.


"Perhimpunan dibenarkan bermula jam 2 hingga 6 petang di Jalan Raja sahaja berhadapan Bangunan Sultan Abdul Samad dan Dataran Merdeka," katanya pada sedang media pemakluman kebenaran perhimpunan bantah ICERD di bangunan DBKL 1, di sini.

Turut hadir Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mazlan Lazim.
Mengulas lanjut, pihaknya telah menerima permohonan penganjur untuk mengadakan perhimpunan tersebut  27 November lalu.

"Permohonan dibuat oleh Gerakan Pembela Ummah (Ummah), Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia (Muafakat) dan Persatuan Bekas Angkatan Tentera Tidak Berpencen Malaysia (Daulat).

"Saya harap penganjuran ini dapat dilakukan secara baik dan yakin pihak PDRM akan memantau perhimpunan mengikut SOP dan garis panduan ditetapkan," katanya.

Katanya, sebagai langkah persiapan, DBKL akan menutup padang Dataran Merdeka dan Jalan Raja sepanjang tempoh penganjuran berlangsung.
Terdahulu, penganjur menegaskan himpunan bantah ICERD akan tetap diteruskan walaupun kerajaan menolak ratifikasi konvensyen itu.

Ia sebagai tanda kesyukuran penolakan itu selain bantahan berterusan sebarang ancaman terhadap Islam, institusi raja-raja,bangsa Melayu serta bumiputera Sabah/Sarawak dan Bahasa Melayu sebagaimana dijamin Perlembagaan (Perkara 153). - SH


Thus Article (ALHAMDULILLAH) DBKL, polis benar himpunan ICERD 8 Dis

Itulah artikel (ALHAMDULILLAH) DBKL, polis benar himpunan ICERD 8 Dis Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel (ALHAMDULILLAH) DBKL, polis benar himpunan ICERD 8 Dis dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2018/12/alhamdulillah-dbkl-polis-benar-himpunan.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "(ALHAMDULILLAH) DBKL, polis benar himpunan ICERD 8 Dis"

Catat Ulasan

Loading...