Loading...

Adakah Tauliah Penceramah Agama kini bawah Gobind Singh Deo?

Loading...
Adakah Tauliah Penceramah Agama kini bawah Gobind Singh Deo? - kawan-kawan Hallo news malaysia on record, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Adakah Tauliah Penceramah Agama kini bawah Gobind Singh Deo?, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Adakah Tauliah Penceramah Agama kini bawah Gobind Singh Deo?
link : Adakah Tauliah Penceramah Agama kini bawah Gobind Singh Deo?

Baca juga


Adakah Tauliah Penceramah Agama kini bawah Gobind Singh Deo?

APAKAH TAULIAH PENCERAMAH AGAMA KINI DI BAWAH GOBIND SINGH DEO?

Terkesima saya membaca surat pengesahan pejabat Menteri KKM Gobind Singh Deo yang mengesahkan sekatan terhadap terhadap 10 Penceramah Agama popular tanahair termasuk Ustaz Abdullah Khairi, Ustaz Ahmad Dasuki, Ustazah Nurhafizah Musa, PU Amin, Ustaz Azhar Idrus daripada keluar bersiaran di mana-mana stesyen TV mahupun Radio.

Walaupun tidak dinyatakan sebab dan alasan yang jelas, namun umum mengetahui bahawa sekatan ini ada kaitan dengan kecenderungan politik mereka yang didakwa penyokong PAS.


Memanglah Menteri mempunyai kuasa mutlak untuk menyekat mana-mana pihak cuma yang menjadi persoalan di manakah perjuangan KEBEBASAN BERSUARA yang dilaung-laungkan sebelum menjadi kerajaan? Atau apakah KEBEBASAN BERSUARA hanya bersifat terpilih kepada mereka yang menyokong Kerajaan PH sebagaimana 20 nama baru yang dikeluarkan.

Lebih parah lagi apabila hari TAULIAH ceramah hari ini bukan lagi menjadi milik eksklusif Majlis Agama Islam dan Jabatan Agama Islam Negeri-Negeri yang dinaungi Raja-Raja Melayu tetapi sudah diambil alih oleh Menteri Gobind Singh.

Kalau nak diserahkan kepada JAKIM sekalipun, hakikatnya JAKIM tiada kuasa mengeluarkan tauliah. Sebab itulah di zaman kerajaan BN memerintah dulu apa sahaja yang berkaitan agama harus dirujuk dan dirundingi terlebih dahulu dengan Majlis atau Jabatan Agama Negeri-negeri. Malah nama-nama besar yang disekat oleh Gobind Singh tidak pernah dihalang kerajaan terdahulu walaupun jelas kecenderungan mereka kepada pembangkang Pas.

Melihat senarai nama 20 penceramah baru yang dikeluarkan jelas sekali bahawa kebanyakanya adalah pendokong PH termasuklah bekas calon Amanah Nik Omar, Pengerusi AMANAH Kelantan Che Ibrahim, Pengerusi AMANAH Perlis Zolkharnain Arifin, YB PKR Suhaimi Kassim dan pimpinan Amanah di peringkat nasional dan negeri.

Jelaslah bahawa Kebebasan Bersuara yang selama ini diuar-uarkan hanyalah omongan kosong yang terpakai untuk kelompok sendiri sahaja. Malah lebih teruk lagi apabila Kerajaan PH menipu kononnya mahukan penceramah Agama yang ‘non-partisan’ tetapi hakikatnya adalah sebaliknya. - DR ASYRAF WAJDI DUSUKI #CelahGelegar


Thus Article Adakah Tauliah Penceramah Agama kini bawah Gobind Singh Deo?

Itulah artikel Adakah Tauliah Penceramah Agama kini bawah Gobind Singh Deo? Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Adakah Tauliah Penceramah Agama kini bawah Gobind Singh Deo? dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2018/12/adakah-tauliah-penceramah-agama-kini.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Adakah Tauliah Penceramah Agama kini bawah Gobind Singh Deo?"

Catat Ulasan

Loading...