Loading...

36 MP BN sokong Tun M kata MP Larut, Hamzah yang keluar parti hari ini

Loading...
36 MP BN sokong Tun M kata MP Larut, Hamzah yang keluar parti hari ini - kawan-kawan Hallo news malaysia on record, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk 36 MP BN sokong Tun M kata MP Larut, Hamzah yang keluar parti hari ini, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : 36 MP BN sokong Tun M kata MP Larut, Hamzah yang keluar parti hari ini
link : 36 MP BN sokong Tun M kata MP Larut, Hamzah yang keluar parti hari ini

Baca juga


36 MP BN sokong Tun M kata MP Larut, Hamzah yang keluar parti hari ini


KUALA LUMPUR: Seramai 36 Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) sudah menandatangani surat sebagai tanda sokongan kepada Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
Perkara itu didedahkan oleh Ahli Parlimen Larut, Datuk Seri Hamzah Zainudin dalam satu temubual eksklusif dengan NSTP hari ini.
Beliau antara Ahli Parlimen yang berbuat demikian berkata, langkah untuk memberi sokongan kepada kepemimpinan Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri bukan dibuat secara tergopoh-gapah.
Sebaliknya, beliau menegaskan, keputusan itu dibuat bersama Ahli Parlimen BN yang lain mengambil masa hampir sebulan.
“(Seramai) 33 Ahli Parlimen UMNO, satu PBRS (Parti Bersatu Rakyat Sabah) dan dua MIC tandatangan sokongan kepada PM (Perdana Menteri). Keputusan ini bukan buat sehari dua, tetapi sudah hampir sebulan yang lalu.
“Kumpulan yang tandatangan ini ikhlas mahu pastikan kestabilan kerajaan sekarang dalam memastikan tidak ada pihak gunakan parlimen untuk jatuhkan PM sebab kita ada dengar ura-ura.
“Kita beri sokongan kepada PM untuk memastikan kestabilan politik. Kita tidak mahu ada unsur-unsur perpecahan sehingga rakyat keliru. Inikan pula pelabur luar kerana bila pelabur lihat politik tidak stabil...mereka tidak mahu melabur dalam negara ini.
“Jika tidak, politik tidak stabil menyebabkan kesan lebih besar kepada semua terutama rakyat. Itu sebab kita mahu bagi kestabilan dan kita menyokong PM untuk meneruskan kepemimpinannya. Semua ini demi kepentingan negara, rakyat supaya kita dilihat sebagai sebuah negara yang ada masa depan,” katanya.
Beliau juga memberi jaminan akan menyokong Dr Mahathir jika Perdana Menteri menerima desakan daripada mana-mana pihak.
Ditanya adakah Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi tahu bahawa kumpulan Ahli Parlimen berkenaan beralih menyatakan sokongan kepada Dr Mahathir, Hamzah memberitahu bahawa bekas ‘bos’ tidak tahu.
Katanya, beliau ‘bersepakat’ bersama yang lain untuk tidak memaklumkan perkara itu kepada Ahmad Zahid.
Beliau juga menegaskan, tiada syarat yang dikenakan dalam proses pengalihan sokongan daripada Ahmad Zahid kepada Dr Mahathir.-BH #CelahGelegar 


Thus Article 36 MP BN sokong Tun M kata MP Larut, Hamzah yang keluar parti hari ini

Itulah artikel 36 MP BN sokong Tun M kata MP Larut, Hamzah yang keluar parti hari ini Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel 36 MP BN sokong Tun M kata MP Larut, Hamzah yang keluar parti hari ini dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2018/12/36-mp-bn-sokong-tun-m-kata-mp-larut.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "36 MP BN sokong Tun M kata MP Larut, Hamzah yang keluar parti hari ini"

Catat Ulasan

Loading...