Loading...

Tony Pua kata lain, Guan Eng kata lain: Najib kata mungkin Mereka Tiada Group Whatsapp

Loading...
Tony Pua kata lain, Guan Eng kata lain: Najib kata mungkin Mereka Tiada Group Whatsapp - kawan-kawan Hallo news malaysia on record, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Tony Pua kata lain, Guan Eng kata lain: Najib kata mungkin Mereka Tiada Group Whatsapp, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Tony Pua kata lain, Guan Eng kata lain: Najib kata mungkin Mereka Tiada Group Whatsapp
link : Tony Pua kata lain, Guan Eng kata lain: Najib kata mungkin Mereka Tiada Group Whatsapp

Baca juga


Tony Pua kata lain, Guan Eng kata lain: Najib kata mungkin Mereka Tiada Group Whatsapp

KUALA LUMPUR - Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyindir dua kenyataan berbeza oleh pemimpin PH berhubung penarafan kredit antarabangsa Petronas.

Menurut beliau, pegawai khas kepada Menteri Kewangan, Tony Pua telah berkata tindakan syarikat penarafan kredit antarabangsa Moody's Investors Service untuk menurunkan penilaian prospek Petronas daripada stabil kepada negatif bukan satu ‘downgrade’.

Bagaimanapun, katanya, ia berbeza dengan kenyataan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng yang tidak setuju dengan langkah Moody's untuk ‘downgrade’ penarafan Petronas.

“Dua kenyataan bercanggah antara satu sama lain dari kementerian yang sama. Mungkin mereka tiada grup WhatsApp.

“Terpulang kepada mereka jika tidak mahu mengaku ‘downgrade’ atau tidak bersetuju dengan langkah ‘downgrade’ itu. Hakikatnya, kos peminjaman dan kos untuk kita bayar faedah dah naik, lebih-lebih lagi jika penarafan kredit negara turut terkesan,” katanya di Facebook hari ini.

Khamis lalu, Moody's Investors Service mengesahkan penarafan A1 penerbit tempatan dan mata wang asing tidak bercagar kanan Petronas, tetapi mengubah prospek daripada stabil kepada negatif.

Agensi penarafan itu juga mengesahkan penarafan A1 untuk nota tidak bercagar kanan Petronas Capital Ltd dan program nota jangka sederhana (MTN) AS$15 bilion serta sukuk yang dikeluarkan melalui Petronas Global Sukuk Ltd, tetapi mengubah prospeknya menjadi negatif daripada stabil.

Najib yang juga Ahli Parlimen Pekan berkata, nilai ringgit menjunam dari RM4.16 ke RM4.19 pagi ini dan masih mengalami penurunan selepas pengumuman Moody’s.
“Ini tentu akan menambah tekanan kepada Rizab Antarabangsa Negara yang telah turun setiap bulan selepas PRU14.

“Langkah Moody's untuk turunkan penarafan Petronas berikutan Belanjawan 2019 di mana kerajaan akan menjarah Petronas untuk membayar dividen RM26 bilion untuk tahun ini dan RM54 bilion untuk tahun depan berbanding RM16 bilion untuk tahun 2017 di bawah kerajaan BN,” katanya. -SH


Thus Article Tony Pua kata lain, Guan Eng kata lain: Najib kata mungkin Mereka Tiada Group Whatsapp

Itulah artikel Tony Pua kata lain, Guan Eng kata lain: Najib kata mungkin Mereka Tiada Group Whatsapp Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Tony Pua kata lain, Guan Eng kata lain: Najib kata mungkin Mereka Tiada Group Whatsapp dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2018/11/tony-pua-kata-lain-guan-eng-kata-lain.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Tony Pua kata lain, Guan Eng kata lain: Najib kata mungkin Mereka Tiada Group Whatsapp"

Catat Ulasan

Loading...