Loading...

Tiada diskriminasi kaum India - YDP Dewan Negara

Loading...
Tiada diskriminasi kaum India - YDP Dewan Negara - kawan-kawan Hallo news malaysia on record, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Tiada diskriminasi kaum India - YDP Dewan Negara, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Tiada diskriminasi kaum India - YDP Dewan Negara
link : Tiada diskriminasi kaum India - YDP Dewan Negara

Baca juga


Tiada diskriminasi kaum India - YDP Dewan Negara


KUALA LUMPUR: Presiden MIC, Tan Sri SA Vigneswaran menafikan wujud diskriminasi terhadap kaum India dan agama Hindu di negara ini ketika pemerintahan kerajaan Barisan Nasional (BN).
Katanya, masyarakat India di negara ini, khususnya yang beragama Hindu bebas untuk menganut dan mengamalkan ajaran itu, dan menjadikan kewujudan Kuil Sri Mahamariamman Dhevasthanam di Batu Caves sebagai bukti kebebasan itu.
Sehubungan itu, katanya, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, P Waytha Moorthy perlu berhati-hati dalam mengeluarkan sebarang tuduhan seumpamanya kerana ia boleh menjejaskan perpaduan antara kaum.
“Beliau cakap banyak sangat dulu. Di luar negara, termasuk India pun tidak ada patung Dewa Murugan yang besar seperti di Batu Caves.
“Saya harap Waytha Moorthy akan berubah dan mungkin beliau sudah berubah pendirian sebab sekarang sudah bekerja dengan kerajaan Pakatan Harapan (PH),” katanya pada sidang media di Parlimen, hari ini.
Vigneswaran berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai dakwaan Waytha Moorthy dalam video yang dirakam 10 tahun lalu, mendakwa berlaku pelanggaran hak asasi manusia yang serius di Malaysia.
Dalam video temubualnya dengan stesen televisyen Belanda itu, Waytha Moorthy ketika itu mendakwa masyarakat India beragama Hindu dipaksa menukar agama untuk bekerja di agensi kerajaan serta 10,000 kuil dirobohkan, selain pelajar cemerlang kaum itu tidak diberikan penajaan pendidikan.
Vigneswaran yang juga Yang Dipertua Dewan Negara berkata, pihaknya tiada masalah untuk bekerjasama dengan Waytha Moorthy jika Pengerusi HINDRAF itu boleh membantu kaum India di negara ini.
Ditanya sama ada Waytha Moorthy perlu dipecat daripada menjadi menteri yang menjaga portfolio perpaduan, Vigneswaran berkata ia terpulang sepenuhnya kepada Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.


Thus Article Tiada diskriminasi kaum India - YDP Dewan Negara

Itulah artikel Tiada diskriminasi kaum India - YDP Dewan Negara Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Tiada diskriminasi kaum India - YDP Dewan Negara dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2018/11/tiada-diskriminasi-kaum-india-ydp-dewan.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Tiada diskriminasi kaum India - YDP Dewan Negara"

Catat Ulasan

Loading...