Loading...
Tajuk : Siapa Pemilik Sebenar Kapal Equanimity? Kenapa "Bersiar-Siar" ke Langkawi
link : Siapa Pemilik Sebenar Kapal Equanimity? Kenapa "Bersiar-Siar" ke Langkawi
Siapa Pemilik Sebenar Kapal Equanimity? Kenapa "Bersiar-Siar" ke Langkawi
Persoalan mengenai status kapal mewah Equanimity kini dilaporkan berlabuh di Langkawi terjawab apabila peguam syarikat 1MDB memberi pengesahan kepada Malaysiakini hari ini.
Menurut Jeremy Joseph kapal persiaran berkenaan akan berada di pulau pelancongan dan legenda berkenaan sehingga proses membidanya berakhir pada 28 Nov ini.
Katanya Equanimity berlepas dari Pelabuhan Klang, Selangor semalam dan tiba di Pulau Langkawi hari ini.
"Equanimity dipindahkan ke Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia di Langkawi demi menjaga keselamatan dan pemeliharaan kapal tersebut.
"Langkawi mempunyai persekitaran yang sesuai untuk bakal pembida datang melihat dan keadaan air tenang serta latar belakang yang indah.
"Kapal itu akan terus berada di pangkalan berkenaan sehingga 28 Nov," katanya.
Sebelum ini Malaysiakini melaporkan proses bidaan untuk kapal yang dikaitkan dengan skandal 1MDB itu akan berlangsung selama sebulan mulai 29 Okt lalu.
Menurut peguam 1MDB pihak yang berminat membida kapal tersebut perlu menyediakan deposit sebanyak AS$1 juta.
Katanya langkah itu dibuat bagi memastikan hanya pembida serius menyertai proses tersebut. - MK
Thus Article Siapa Pemilik Sebenar Kapal Equanimity? Kenapa "Bersiar-Siar" ke Langkawi
Itulah artikel Siapa Pemilik Sebenar Kapal Equanimity? Kenapa "Bersiar-Siar" ke Langkawi Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.
Anda sedang baca artikel Siapa Pemilik Sebenar Kapal Equanimity? Kenapa "Bersiar-Siar" ke Langkawi dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2018/11/siapa-pemilik-sebenar-kapal-equanimity.html
0 Response to "Siapa Pemilik Sebenar Kapal Equanimity? Kenapa "Bersiar-Siar" ke Langkawi"
Catat Ulasan