Loading...

Kenderaan masuk Pulau Pinang akan dikenakan caj

Loading...
Kenderaan masuk Pulau Pinang akan dikenakan caj - kawan-kawan Hallo news malaysia on record, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Kenderaan masuk Pulau Pinang akan dikenakan caj, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Kenderaan masuk Pulau Pinang akan dikenakan caj
link : Kenderaan masuk Pulau Pinang akan dikenakan caj

Baca juga


Kenderaan masuk Pulau Pinang akan dikenakan caj


GEORGETOWN - Kenderaan yang bukan berdaftar di Pulau Pinang dicadangkan agar dikenakan caj bagi menggalakkan pengunjung ke negeri ini menggunakan pengangkutan awam.

Adun Kebun Bunga (PKR), Jason Ong Khan Lee berkata, selain itu, langkah itu dapat membantu menurunkan bilangan kenderaan yang memasuki Pulau Pinang.


Menurutnya, Pulau Pinang kini dibanjiri dengan lebih satu juta kenderaan berbanding 10 tahun lalu, iaitu hanya 300,000 kenderaan di jalan raya.

"Dengan cadangan ini, ia dapat mengurangkan jumlah kenderaan di negeri ini, sekaligus mengurangkan kesesakan lalu lintas.


"Kita nak gerakkan manusia, bukannya kenderaan. Saya harap cadangan mengenakan caj ke atas semua kenderaan yang bukan berdaftar di Pulau Pinang dapat diperhalusi," katanya.

Terdahulu, Jason Ong menyampaikan ucapan pembahasan rang undang-undang perbekalan dan usul anggaran pembangunan 2019 Pulau Pinang tadi.

Jason berkata, sekiranya kerajaan negeri ingin menggerakkan manusia, kerajaan negeri perlu mempertingkatkan infrastruktur pengangkutan awam.

"Kerajaan negeri juga perlu mempunyai 'political will' untuk menempatkan semula atau menghentikan aktiviti penjaja haram jalanan serta parkir haram," katanya.

Dalam perkembangan lain, Jason Ong memohon Dun Pulau Pinang mencadangkan kepada kerajaan Pusat untuk menubuhkan Suruhanjaya Kejuruteraan Sivil dan Geoteknikal susulan dua kejadian tanah runtuh di negeri ini.

Menurutnya, suruhanjaya itu juga boleh digunakan untuk Lebuh Raya Pan Island Link 1(PIL1) berikutan projek itu memerlukan pemantauan dan penguatkuasaan yang sewajarnya.

"Suruhanjaya ini akan dilaporkan kepada Dun atau Dewan Rakyat yang mana, ia bakal diketuai juru ukur bangunan dengan barisan jurutera awam dan profesional berkelayakan yang mempunyai bidang kuasa untuk mengeluarkan perintah berhenti kerja, mitigasi, rektifikasi dan sebagainya.

"Suruhanjaya ini juga bertanggungjawab mengeluarkan garis panduan dan kriteria yang diperlukan Penilaian Impak Sosial, Penilaian Impak Alam Sekitar, Penilaian Impak Lalu Lintas dan sebagainya.

"Suruhanjaya ini juga perlu dilengkapi dengan Sistem Informasi Geografi (GIS) untuk menyediakan 'landslide and flood hazard mapping' untuk seluruh Pulau Pinang," katanya.


Sumber : Friscomedia


Thus Article Kenderaan masuk Pulau Pinang akan dikenakan caj

Itulah artikel Kenderaan masuk Pulau Pinang akan dikenakan caj Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Kenderaan masuk Pulau Pinang akan dikenakan caj dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2018/11/kenderaan-masuk-pulau-pinang-akan.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Kenderaan masuk Pulau Pinang akan dikenakan caj"

Catat Ulasan

Loading...