Loading...

‘Kalau Najib boleh didakwa, Waytha Moorthy juga patut disiasat’ - Timbalan Mufti Perak

Loading...
‘Kalau Najib boleh didakwa, Waytha Moorthy juga patut disiasat’ - Timbalan Mufti Perak - kawan-kawan Hallo news malaysia on record, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk ‘Kalau Najib boleh didakwa, Waytha Moorthy juga patut disiasat’ - Timbalan Mufti Perak, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : ‘Kalau Najib boleh didakwa, Waytha Moorthy juga patut disiasat’ - Timbalan Mufti Perak
link : ‘Kalau Najib boleh didakwa, Waytha Moorthy juga patut disiasat’ - Timbalan Mufti Perak

Baca juga


‘Kalau Najib boleh didakwa, Waytha Moorthy juga patut disiasat’ - Timbalan Mufti Perak

Timbalan Mufti Perak, Ustaz Zamri Hashim
11 Rabiulawal 1440H, Isnin – Kenyataan biadab Menteri di Jabatan Perdana Menteri, P Waytha Moorthy yang memfitnah dan memburukkan nama negara, hakikatnya tidak boleh diterima oleh seluruh rakyat Malaysia. 
Timbalan Mufti Perak, Ustaz Zamri Hashim berkata, kerajaan sepatutnya meneliti terlebih dahulu setiap individu yang bakal dilantik menjadi menteri, paling penting dari aspek ketaatannya kepada negara.
“Keperibadian seperti Moorty yang pernah memburuk-burukkan negara dan membuat fitnah kepada negara sangat tidak layak dilantik menjadi seorang menteri. Lebih-lebih lagi dia memegang potfolio menjaga perpaduan rakyat yang berbilang kaum.
“Apatah lagi kenyataannya sebelum ini berhubung Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD), ia ternyata mengguris majoriti umat Islam yang berbangsa Melayu,” katanya ketika dihubungi Ismaweb.net hari ini. 
Beliau berkata demikian susulan tular video lama Waytha Moorthy selaku pemimpin utama pertubuhan radikal, Barisan Bertindak Hak Asasi Hindu (Hindraf), yang memburuk-burukkan negara dan menggambarkan seolah-olah Malaysia melakukan penindasan teruk kepada kaum serta penganut agama lain.
Menerusi video berdurasi lebih dua minit berkenaan, Waytha mendakwa kaum India telah didiskriminasi dalam pelbagai perkara bermula daripada hak beragama.
Dia mendakwa kebanyakan kaum India yang menganut agama Hindu dipaksa untuk menukar agama jika mahu bekerja dalam jabatan kerajaan dan untuk mendapatkan tajaan biasiswa.
Serentak itu, Ustaz Zamri yang juga Yang Dipertua Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) Ipoh menggesa pihak berkuasa membuat siasatan segera tanpa memilih kasih. 
“Sebagaimana bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razaj disiasat atas pelbagai tuduhan yang dikaitkan dengan harta negara,Waytha Moorthy juga patut disiasat atas kenyataan – kenyataanya sebelum ini.
“Memburukkan nama negara tindakan biadab dan kesungguhannya berusaha mempengaruhi kerajaan meratifikasi ICERD bakal menggugat perpaduan sesama rakyat di negara ini,” katanya. 


Thus Article ‘Kalau Najib boleh didakwa, Waytha Moorthy juga patut disiasat’ - Timbalan Mufti Perak

Itulah artikel ‘Kalau Najib boleh didakwa, Waytha Moorthy juga patut disiasat’ - Timbalan Mufti Perak Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel ‘Kalau Najib boleh didakwa, Waytha Moorthy juga patut disiasat’ - Timbalan Mufti Perak dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2018/11/kalau-najib-boleh-didakwa-waytha.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "‘Kalau Najib boleh didakwa, Waytha Moorthy juga patut disiasat’ - Timbalan Mufti Perak"

Catat Ulasan

Loading...