Loading...
Tajuk : Jangan kongsi pentas baca doa agama lain - Mufti
link : Jangan kongsi pentas baca doa agama lain - Mufti
Jangan kongsi pentas baca doa agama lain - Mufti
SEREMBAN: Tindakan beberapa individu beragama Islam membaca doa bersama penganut agama lain pada Program Perpaduan Dalam Kepelbagaian di Dewan Majlis Perbandaran Seremban (MPS), malam tadi disifatkan merendahkan martabat Islam.
Mufti Negeri Sembilan, Datuk Mohd Yusof Ahmad, berkata walaupun berniat baik, perbuatan itu tetap salah kerana Islam seharusnya memimpin bukannya dipimpin.
Katanya, tindakan individu terbabit yang bergilir-gilir membaca doa bersama penganut agama Kristian, Hindu, Buddha dan Sikh seolah-olah memberi gambaran Islam setara agama lain.
Link berkaitan :[PLURALISME] Majlis Doa bersama Islam, Kristian, Buddha, Hindu,Sikh di Seremban semalam
Ia salah dan bagi tanggapan masyarakat bukan Islam, Islam setaraf dengan agama mereka. Al-Quran menyatakan tiada agama lain diterima Allah melainkan Islam.
“Mereka tahu mengenai itu tetapi mengapa berkongsi pentas yang sama, sekali gus menjatuhkan martabat agama suci kita,” katanya kepada NSTP ketika dihubungi, hari ini.
Mohd Yusof berkata, niat mewujudkan kesepakatan boleh dilakukan tetapi bukan dengan cara berkongsi pentas dan membacakan doa mengikut kepercayaan masing-masing.
“Perkara ini tidak pernah diajar atau dilakukan, apatah lagi orang Islam sendiri mendengar bacaan doa daripada penganut agama lain.
“Apa yang berlaku ini sama seperti kita tahu minum arak dan berjudi adalah haram di sisi Islam, tetapi kenapa dilakukan,” katanya.
NSTP malam tadi, melaporkan program anjuran Sathya Sai Organisation of Malaysia menyaksikan lima wakil setiap agama berkongsi pentas dengan memperdengarkan doa untuk kesejahteraan rakyat dan negara kepada 300 hadir in. - BH
Thus Article Jangan kongsi pentas baca doa agama lain - Mufti
Itulah artikel Jangan kongsi pentas baca doa agama lain - Mufti Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.
Anda sedang baca artikel Jangan kongsi pentas baca doa agama lain - Mufti dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2018/11/jangan-kongsi-pentas-baca-doa-agama.html
0 Response to "Jangan kongsi pentas baca doa agama lain - Mufti"
Catat Ulasan