Loading...

Hari Ini Mahkamah TOLAK permohonan tangguh pengambilan semula tapak kuil oleh One City

Loading...
Hari Ini Mahkamah TOLAK permohonan tangguh pengambilan semula tapak kuil oleh One City - kawan-kawan Hallo news malaysia on record, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Hari Ini Mahkamah TOLAK permohonan tangguh pengambilan semula tapak kuil oleh One City, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Hari Ini Mahkamah TOLAK permohonan tangguh pengambilan semula tapak kuil oleh One City
link : Hari Ini Mahkamah TOLAK permohonan tangguh pengambilan semula tapak kuil oleh One City

Baca juga


Hari Ini Mahkamah TOLAK permohonan tangguh pengambilan semula tapak kuil oleh One City



SHAH ALAM, 29 Nov (Bernama) -- Mahkamah Tinggi di sini hari ini menolak dengan kos permohonan tiga penganut Kuil Sri Maha Mariamman di USJ 25, Subang Jaya, untuk menangguhkan pelaksanaan Interim Penghakiman Persetujuan dan Writ Milikan oleh One City Development Sdn Bhd (One City), bagi mendapatkan semula tapak kuil itu.

Hakim M. Gunalan membuat keputusan itu di dalam kamarnya selepas menolak permohonan plaintif, S. Thangaraju, 37, M. Mohanakrishnan, 59, dan S. Nagarajah, 52.

Selain One City, ketiga-tiga mereka turut menamakan K. Chellappa, Pengarah Perancang Bandar dan Desa Selangor, Kerajaan Negeri Selangor dan M. Nagaraju sebagai defendan-defendan.

Peguam Claudia Cheah Pek Yee yang mewakili One City ketika ditemui pemberita selepas prosiding berakhir berkata, mahkamah membuat keputusan itu atas alasan antaranya, permohonan plaintif tiada locus standi dan One City adalah pemilik sah tapak kuil berkenaan.

Ketiga-tiga plaintif memfailkan permohonan pada 12 Nov lepas bagi mendapatkan perintah penangguhan pelaksanaan interim Penghakiman Persetujuan bertarikh 11 Mac 2014 dan writ pemilikan untuk mendapatkan semula hartanah kuil berkenaan pada 22 Nov 2018.

Permohonan itu dibuat berikutan plaintif telah memfailkan saman terhadap kesemua defendan pada 10 Nov lepas, bagi menuntut antaranya, perintah injunksi bahawa defendan-defendan atau orang lain dilarang daripada masuk, dan berada atau menggunakan kekerasan untuk mendapatkan semula hartanah kuil itu.

Selain itu, saman itu difailkan bagi memohon perintah bahawa Penghakiman Persetujuan tersebut adalah batal dan tidak sah, salah di sisi undang-undang serta tidak berkuasa, selain kos dan relif-relif lain yang difikirkan sesuai oleh mahkamah.

Isu pemindahan kuil itu telah mencetuskan rusuhan di kawasan rumah ibadat berkenaan pada awal pagi Isnin dan Selasa, yang menyaksikan seorang anggota bomba cedera parah selain perusuh turut membakar 23 kenderaan dan merosakkan cermin bangunan kompleks One City yang terletak satu kilometer dari kuil tersebut.

Sehingga hari ini polis menahan 30 individu bagi membantu siasatan.

-- BERNAMA  #CelahGelegar


Thus Article Hari Ini Mahkamah TOLAK permohonan tangguh pengambilan semula tapak kuil oleh One City

Itulah artikel Hari Ini Mahkamah TOLAK permohonan tangguh pengambilan semula tapak kuil oleh One City Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Hari Ini Mahkamah TOLAK permohonan tangguh pengambilan semula tapak kuil oleh One City dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2018/11/hari-ini-mahkamah-tolak-permohonan.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Hari Ini Mahkamah TOLAK permohonan tangguh pengambilan semula tapak kuil oleh One City"

Catat Ulasan

Loading...