Loading...
Tajuk : (GILA DAH!) Khatan Perempuan pun tertakluk kepada Hak Asasi
link : (GILA DAH!) Khatan Perempuan pun tertakluk kepada Hak Asasi
(GILA DAH!) Khatan Perempuan pun tertakluk kepada Hak Asasi
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata keputusan tersebut merupakan susulan daripada kritikan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) terhadap Putrajaya kerana kenyataannya mengenai khatan bayi perempuan di Malaysia sebagai satu amalan budaya.
"Kita dalam perbincangan dengan Kementerian Kesihatan kerana sebenarnya ia merupakan praktis budaya yang diamalkan sebelum ini dan cara kita bersunat (berkhatan) tidak sama seperti di Afrika.
" Tetapi, kita akan buat perbincangan dan lihat jika betul (khatan) pada perempuan tidak beri kebaikan, maka kita harus buat sesuatu," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen hari ini.
Pengerusi Suhakam Razali Ismail berkata kenyataan daripada wakil kementerian itu dalam program Semakan Berkala Sejagat Pusingan Ketiga di Geneva, Switzerland pada minggu lepas tidak menyakinkan dan disalah tafsir.
Sebelum ini, wakil itu mempertahankan amalan berkhatan di kalangan perempuan dengan mendakwa ia merupakan sebahagian daripada budaya.
Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) berkata amalan sunat merupakan pencabulan hak remaja dan wanita.
- Astro Awani
Thus Article (GILA DAH!) Khatan Perempuan pun tertakluk kepada Hak Asasi
Itulah artikel (GILA DAH!) Khatan Perempuan pun tertakluk kepada Hak Asasi Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.
Anda sedang baca artikel (GILA DAH!) Khatan Perempuan pun tertakluk kepada Hak Asasi dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2018/11/gila-dah-khatan-perempuan-pun-tertakluk.html
0 Response to "(GILA DAH!) Khatan Perempuan pun tertakluk kepada Hak Asasi"
Catat Ulasan