Loading...
Tajuk : 4 lagu evergreen kegemaran cikla.
link : 4 lagu evergreen kegemaran cikla.
4 lagu evergreen kegemaran cikla.
4 lagu evergreen kegemaran cikla. | Assalamualaikum wbt. Bagi cikla, lagu evergreen ni memang tak luput dek zaman. Tak kira selama mana pun lagu ini mula diterbitkan, ia sentiasa relevan di telinga pendengar semua. Kalau nak dikira, memang banyak lagu-lagu evergreen kegemaran cikla lebih-lebih lagi lagu tahun 80-an dan 90-an. Time tu cikla masih sekolah rendah lagi. Sekarang, cikla dah berumur 36 tahun dan masih meminati lagu-lagu sebegini. Telinga ni pulak lebih suka kepada lagu-lagu lama.
Adakah daku sudah tua? Haha...
![]() |
Gnar diubahsuai dari carian Google. 4 lagu evergreen kegemaran cikla. |
Tapi, mengapa agaknya lagu-lagu lama ini masih mendapat tempat di hati pendengar sekarang khususnya pendengar muda? Pada cikla, kekuatan lagu-lagu sebegini adalah pada liriknya. Ye, liriknya mudah diingati. Sekali dengar terus dah ingat!
4 lagu evergreen kegemaran cikla.
So, cikla saja nak share dengan korang 6 lagu evergreen kegemaran cikla. Dan mungkin lagu ini menjadi kegemaran korang juga kan.
Segalanya pasti (Aida Agil).
![]() |
4 lagu evergreen kegemaran cikla. Kredit Google. |
'Gelora melanda, di dalam hatiku...' Rasanya semua tahu kot lagu ni, dan mungkin ada yang tak tau. Mungkin juga. Tapi, memang sedap suara dia. Serak-serak sedap gitu.
Penyanyi asal lagu ini adalah Aida Agil. Khabarnya, sekarang Aida Agil disahkan menghidap penyakit bell's palsy sejak tahun 2000. Keadaan ini menyebabkan sebahagian sistem sarafnya terganggu dan beliau juga disahkan sebagai orang kurang upaya (OKU). Sumber SINI. Semoga Aida Agil sentiasa diberi kesihatan yang baik.
Ku redha sendiri (Klthsom).
![]() |
4 lagu evergreen kegemaran cikla. Kredit Google. |
Sebenarnya, cikla tak tau pun nama penyanyi ni. Tapi, selalu dengar lagu ni. Rupanya, Klthsom mula terkenal sejak dia menyertai Bintang RTM tahun 86. Dan beliau juga dikenali dan diingati kerana mempunyai nama yang unik. Iyelah kan. Bila tengok pada ejaan namanya, macam-macam versi sebutan. Ada yang sebut Kaltom, Kelchom, dan Kalsom.
Tapi, lagu nyanyiannya 'Ku redha sendiri' menjadikan beliau lebih popular. Bagi cikla, memang best lagu ni. Dengar banyak kali pun tak jemu.
Ditakdir kita bersama (Mac Rahayu).
![]() |
4 lagu evergreen kegemaran cikla. Kredit Google. |
Lagu ni pun menjadi kegemaran cikla. Khabarnya, sekarang Mac Rahayu aktif melakukan kerja amal di samping berniaga bisnes membuat kek di rumah dengan nama Mac Ruhayu Home Made Cake yang dibantu oleh anak-anaknya. Sumber SINI.
Siapa pernah jatuh cinta (Tetty Kadi).
![]() |
4 lagu evergreen kegemaran cikla. Kredit Google. |
Tetty Kadi merupakan penyanyi dari seberang. Beliau mula bernyanyi dalam tahun 1966 dan aktif sampai sekarang. Khabarnya, sekarang dia aktif berpolitik pula.
Walau apapun, lagu ni memang best!
Apa pula lagu evergreen kegemaran korang? Let's sharing!
Kredit video YouTube.
Thus Article 4 lagu evergreen kegemaran cikla.
Itulah artikel 4 lagu evergreen kegemaran cikla. Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.
Anda sedang baca artikel 4 lagu evergreen kegemaran cikla. dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2018/11/4-lagu-evergreen-kegemaran-cikla.html
0 Response to "4 lagu evergreen kegemaran cikla."
Catat Ulasan