Loading...

Yuran pengajian Universiti Malaya NAIK, pendidikan PERCUMA hanya Mimpi rakyat

Loading...
Yuran pengajian Universiti Malaya NAIK, pendidikan PERCUMA hanya Mimpi rakyat - kawan-kawan Hallo news malaysia on record, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Yuran pengajian Universiti Malaya NAIK, pendidikan PERCUMA hanya Mimpi rakyat, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Yuran pengajian Universiti Malaya NAIK, pendidikan PERCUMA hanya Mimpi rakyat
link : Yuran pengajian Universiti Malaya NAIK, pendidikan PERCUMA hanya Mimpi rakyat

Baca juga


Yuran pengajian Universiti Malaya NAIK, pendidikan PERCUMA hanya Mimpi rakyat


KUALA LUMPUR: Kementerian Pendidikan akan membincangkan isu kenaikan yuran pengajian dengan Universiti Malaya (UM), kata Menterinya Dr Maszlee Malik.

Beliau berkata pihaknya telah berhubung dengan universiti itu bagi mengadakan perbincangan lanjut mengenai isu berkenaan.

"Saya maklum perkara itu dan sedang berhubung dengan UM. Cuma beberapa perkara berkaitan dengan universiti awam, mereka mempunyai autonomi berkaitan yuran," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Keselamatan Kanak-Kanak Sahabat Bijak Selamat dan Lindung bersempena Hari Kanak-Kanak Sedunia 2018 di Dewan Bahasa dan Pustaka, hari ini.

Sekumpulan pelajar UM sebelum ini mendakwa kenaikan yuran pengajian itu dilakukan tanpa sebarang notis pemberitahuan awal atau surat pekeliling.

Terdahulu, dalam ucapan perasmian program tersebut, Maszlee berkata kementerian akan melaksanakan beberapa penambahbaikan dalam sistem pendidikan negara menjelang tahun depan.

Katanya ini termasuk memastikan setiap bangunan sekolah yang dibina mempunyai Sijil Layak Menduduki (CF) serta Sijil Perakuan Siap dan Pematuhan (CCC) bagi menjamin keselamatan pelajar.

Beliau juga berkata kementerian akan memperkenalkan sukan renang dalam aktiviti kokurikulum sedia ada bermula di sekolah-sekolah yang terletak berdekatan dengan kemudahan kolam renang awam.

Menurutnya Kementerian Pendidikan juga kini lebih komited dalam usaha memastikan pelajar tidak dibebani masalah beg berat.

"Pegawai kementerian akan melakukan kajian supaya bermula tahun depan kita akan ringankan beg sekolah anak-anak semua. Kita tak mahu anak-anak jadi macam pramugari heret beg berat," katanya, menambah bahan-bahan pendidikan di media sosial turut akan diperbanyak.

-- BERNAMA


Thus Article Yuran pengajian Universiti Malaya NAIK, pendidikan PERCUMA hanya Mimpi rakyat

Itulah artikel Yuran pengajian Universiti Malaya NAIK, pendidikan PERCUMA hanya Mimpi rakyat Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Yuran pengajian Universiti Malaya NAIK, pendidikan PERCUMA hanya Mimpi rakyat dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2018/10/yuran-pengajian-universiti-malaya-naik.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Yuran pengajian Universiti Malaya NAIK, pendidikan PERCUMA hanya Mimpi rakyat"

Catat Ulasan

Loading...