Loading...

Tak perlu minta maaf kepada Mujahid - Mufti Negeri Sembilan

Loading...
Tak perlu minta maaf kepada Mujahid - Mufti Negeri Sembilan - kawan-kawan Hallo news malaysia on record, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Tak perlu minta maaf kepada Mujahid - Mufti Negeri Sembilan, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Tak perlu minta maaf kepada Mujahid - Mufti Negeri Sembilan
link : Tak perlu minta maaf kepada Mujahid - Mufti Negeri Sembilan

Baca juga


Tak perlu minta maaf kepada Mujahid - Mufti Negeri Sembilan


SEREMBAN: Golongan agamawan termasuk mufti tidak perlu meminta maaf kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa susulan teguran berhubung kenyataannya berkaitan tiada lagi operasi khalwat pada waktu malam.
Mufti Negeri Sembilan, Datuk Mohd Yusof Ahmad, turut mempersoalkan kenapa selepas menerima kritikan daripada beberapa mufti dan agamawan, baru Dr Mujahid tampil membuat penafian dan membela dirinya.
“Jika kami berdiam diri, masyarakat beranggapan kami bersetuju supaya tiada lagi operasi khalwat di waktu malam.
“Kalau kenyataannya disalah tafsir oleh media yang membuat laporan, maka penafian awal lebih bagus supaya tiada tuduhan terhadap mana-mana pihak,” katanya ketika dihubungi NSTP di sini, hari ini.
Menurut Mohd Yusof, mufti memberi penjelasan berdasarkan ilmu agama berhubung kenyataan menteri berkenaan mengikut konteks yang dilaporkan sebuah akhbar berbahasa Inggeris.
Katanya, jika mufti tidak memberi tindak balas terhadap kenyataan itu, ia seperti kami mengiyakannya walaupun kenyataan itu didakwa disalah tafsir.
“Malah kita lihat Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad juga bersetuju dengan kenyataan itu supaya tiada lagi tangkapan khalwat di premis persendirian,” katanya.
Dr Mujahid hari ini menyatakan kecewa dengan tindakan agamawan tertentu yang mengkritiknya secara melulu tanpa menunggu penjelasannya berkaitan kes terbabit.
Beliau berkata, jika netizen mempertikaikan kenyataan itu tidak mengapa kerana tidak membabitkan perbincangan bersama namun ia membabitkan agamawan yang dihormati ramai.
Katanya, sesetengah pihak tidak membaca transkrip penuh yang dimuat di Facebook beliau bagi memberi penjelasan namun hanya membaca tajuk akhbar semata-mata. - BH


Thus Article Tak perlu minta maaf kepada Mujahid - Mufti Negeri Sembilan

Itulah artikel Tak perlu minta maaf kepada Mujahid - Mufti Negeri Sembilan Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Tak perlu minta maaf kepada Mujahid - Mufti Negeri Sembilan dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2018/10/tak-perlu-minta-maaf-kepada-mujahid.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Tak perlu minta maaf kepada Mujahid - Mufti Negeri Sembilan"

Catat Ulasan

Loading...