Loading...

Raja Bomoh pula Mahu Bagi PENENDANG KUDA YB "Samseng"

Loading...
Raja Bomoh pula Mahu Bagi PENENDANG KUDA YB "Samseng" - kawan-kawan Hallo news malaysia on record, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Raja Bomoh pula Mahu Bagi PENENDANG KUDA YB "Samseng", Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Raja Bomoh pula Mahu Bagi PENENDANG KUDA YB "Samseng"
link : Raja Bomoh pula Mahu Bagi PENENDANG KUDA YB "Samseng"

Baca juga


Raja Bomoh pula Mahu Bagi PENENDANG KUDA YB "Samseng"

Raja bomoh, Ibrahim Mat Zin memberi amaran kepada Exco Melaka, Norhizam Hassan Baktee agar tidak lagi mengulangi perangai biadapnya jika tidak mahu terkena penangan ‘penendang kuda’.
“Saya bagi amaran kepada Exco Melaka, jangan biadap dan kurang ajar kepada orang tua.
“Saya takut nanti kalau KJ (Khairy Jamaluddin) saya nak bagi penampar buaya, exco ni pula saya bagi penendang kuda! Baru dia tahu macam mana kuda tendang manusia,” katanya kepada SuaraTv.
Amaran beliau itu susulan video Exco Pertanian, Pembangunan Usahawan dan Industri Asas Tani Melaka itu yang bersikap kasar terhadap penduduk kampung tular di laman media sosial.
Menerusi video tersebut, Norhizam dilihat mengherdik penduduk kampung sebagai ‘tidak sekolah’ kerana membantah penutupan Jalan Pulau Nibong-Taman Akasia di Batu Berendam.
Dalam penjelasan mengenai penutupan jalan itu, Norhizam berkata Jalan Kampung Pulau Nibong-Taman Akasia ditutup demi keselamatan rakyat kerana mendakwa terdapat kes kemalangan dan kecurian berlaku akibat aliran trafik yang tinggi di jalan tersebut.
Dalam pada itu, Ibrahim berkata sebagai seorang wakil rakyat yang dipilih oleh rakyat, Norhizam sewajarnya menjadi orang tengah dalam menyelesaikan permasalahan dihadapi penduduk di kawasannya dengan bijaksana.
“Kita sebagai wakil rakyat, menjaga hati rakyat. Tanpa rakyat kita tak jadi wakil rakyat.
“Dalam Pakatan ini ada pelbagai parti. Untuk apa? Untuk satukan rakyat pelbagai kaum. Jangan hina orang Melayu, orang tua, tak kira siapa Melayu, Cina atau India,” katanya lagi.
Ibrahim sebelum ini terkenal dengan ‘aksi ritualnya’ membantu mengesan kehilanhan pesawat MH370.
Tindakannya menggunakan karpet ketika melakukan upacara ‘ritual’ itu dikritik Khairy Jamaluddin, Menteri Belia dan Sukan ketika itu.
Susulan itu, Ibrahim mencabar KJ meletakkan jawatannya sebagai menteri dan mahu memberinya ‘penampar buaya’ kerana bersikap biadap. -SuaraTv


Thus Article Raja Bomoh pula Mahu Bagi PENENDANG KUDA YB "Samseng"

Itulah artikel Raja Bomoh pula Mahu Bagi PENENDANG KUDA YB "Samseng" Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Raja Bomoh pula Mahu Bagi PENENDANG KUDA YB "Samseng" dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2018/10/raja-bomoh-pula-mahu-bagi-penendang.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Raja Bomoh pula Mahu Bagi PENENDANG KUDA YB "Samseng""

Catat Ulasan

Loading...