Loading...

[PH SUCI, Tak Mungkin] Rafizi dakwa politik wang berlaku di 6 negeri

Loading...
[PH SUCI, Tak Mungkin] Rafizi dakwa politik wang berlaku di 6 negeri - kawan-kawan Hallo news malaysia on record, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk [PH SUCI, Tak Mungkin] Rafizi dakwa politik wang berlaku di 6 negeri, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : [PH SUCI, Tak Mungkin] Rafizi dakwa politik wang berlaku di 6 negeri
link : [PH SUCI, Tak Mungkin] Rafizi dakwa politik wang berlaku di 6 negeri

Baca juga


[PH SUCI, Tak Mungkin] Rafizi dakwa politik wang berlaku di 6 negeri

SEREMBAN: Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli, yang bertanding jawatan Timbalan Presiden pada pemilihan parti kali ini, mendakwa politik wang berlaku secara berleluasa di enam negeri yang sudah mengadakan pemilihan.
Beliau yang merujuk pihak bertanggungjawab sebagai 'sebelah sana' mendakwa, suasana politik wang itu tidak pernah dilihat dalam PKR sebelum ini.
"Ada perkara yang buat saya tidak tidur lena (selepas melalui pemilihan di enam negeri). Minggu depan (Sabtu ini), saudara-saudara akan bersaing dalam peringkat cabang dalam satu suasana yang tidak pernah kita tengok... dengan wang bertaburan di bawah.
"Anda akan berhadapan saingan peringkat cabang yang ada (pihak) sumbangkan wang (kepada) satu cabang RM100,000, RM200,000 untuk berdepan saudara-saudari.
"Ada tempat di negeri lain yang (pemilih) ditawarkan satu undi RM100. Saya sebut awal-awal supaya anda semua jangan terkejut.
"Sebab itu (ada pihak) buat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). (Ada yang tawarkan) undi akan dapat projek," dakwanya ketika berucap kepada penyokongnya pada majlis amanat sempena Pemilihan PKR di sini, malam tadi.
Rafizi mendakwa, ahli PKR yang mudah terpengaruh adalah golongan muda yang tidak melalui zaman sukar parti itu dan pihak yang menggunakan wang juga biasanya 'orang muda' yang datang dengan poket penuh dan tebal.
Sementara itu, Rafizi turut menasihatkan penyokongnya supaya bersedia dengan provokasi pihak tertentu yang datang dari luar yang berniat mencetuskan kekecohan jika undian tidak memihak kepada pasukan mereka.
Pada pemilihan ini, Rafizi yang juga bekas Ahli Parlimen Pandan, menentang penyandang Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, yang juga Menteri Hal Ehwal Ekonomi.
Pemilihan di Negeri Sembilan yang membabitkan lapan cabang akan berlangsung serentak Sabtu ini. - BH


Thus Article [PH SUCI, Tak Mungkin] Rafizi dakwa politik wang berlaku di 6 negeri

Itulah artikel [PH SUCI, Tak Mungkin] Rafizi dakwa politik wang berlaku di 6 negeri Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel [PH SUCI, Tak Mungkin] Rafizi dakwa politik wang berlaku di 6 negeri dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2018/10/ph-suci-tak-mungkin-rafizi-dakwa.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "[PH SUCI, Tak Mungkin] Rafizi dakwa politik wang berlaku di 6 negeri"

Catat Ulasan

Loading...