Loading...
Tajuk : Operasi Khalwat vs ajaran Mujahid
link : Operasi Khalwat vs ajaran Mujahid
Operasi Khalwat vs ajaran Mujahid
=================
1. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Mujahid Yusof Rawa menegaskan apa yang dilakukan oleh orang Islam di sebalik pintu yang tertutup adalah bukan urusan kerajaan. Beliau dipetik berkata: “Katakanlah kamu melakukan sesuatu secara peribadi, dalam kawasan persendirian, saya tidak akan masuk campur." (Astro Awani)
2. Persoalan khalwat adalah sesuatu yang serius. Rasulullah pernah memberikan peringatan kepada kita melalui sabda Baginda:
لاَ يَخْلُوَنَّ رَجُلٌ بِامْرَأَةٍ إِلاَّ وَمَعَهَا ذُو مَحْرَمٍ
Maksudnya: Janganlah bersunyi-sunyian seorang lelaki dan perempuan melainkan yang bersama-sama perempuan tersebut mahramnya. (HR Muslim)
3. Perlakuan khalwat ini, sekiranya telah dilaporkan kepada pihak berkuasa, maka seharusnya pihak yang berautoriti ini berperanan dalam melakukan amal makruf dan nahi mungkar. Sabda Rasulullah:
مَنْ رَأَى مِنْكُمْ مُنْكَرًا فَلْيُغَيِّرْهُ بِيَدِهِ، فَإِنْ لَمْ يَسْتَطِعْ فَبِلِسَانِهِ، فَإِنْ لَمْ يَسْتَطِعْ فَبِقَلْبِهِ، وَذَلِكَ أَضْعَفُ الْإِيمَانِ
Maksudnya : Sesiapa dari kalangan kalian yang melihat kemungkaran maka hendaklah dia mengubahnya dengan tangannya. Sekiranya dia tidak mampu hendaklah dia mengubah dengan lidahnya dan sekiranya dia tidak mampu hendaklah dia mengubahnya dengan jantung hatinya. Demikian itu (mengubah dengan hati) adalah selemah-lemah iman. (HR Muslim)
4. Benar, urusan mengintip kesalahan adalah sesuatu yang diperbahaskan kerana al-Quran melarang kita menyelongkar dosa manusia. Namun beberapa ulama tafsir berpandangan bahawa ada operasi seperti ini yang menepati kehendak syariat.
5. al-Imam al-Ramli yang merupakan tokoh besar dalam mazhab al-Imam al-Syafie pernah menyatakan: Tidak boleh bagi seseorang untuk mencari-cari kesalahan dan melakukan tajassus serta memecah masuk ke dalam rumah-rumah berdasarkan sangkaan.
Ya, jika berat sangkaannya bahawa berlaku maksiat sekalipun dengan qarinah (bukti) yang jelas seperti perkhabaran dari seorang lelaki yang terpercaya maka dibolehkan untuknya melakukan tajassus. Bahkan wajib ke atasnya untuk melakukan tajassus sekiranya dia khuatir perkara tersebut terlepas dari pemerhatiannya seperti berlakunya pembunuhan dan perbuatan zina.
Lihat Nihayah al-Muhtaj (4/47-49)
6. Kata al-Imam al-Ghazali Rahimahullah: Maksiat yang sedang berlaku dan pelakunya sedang melakukannya contohnya memakai sutera, memegang ʿoud (diistilahkan juga sebagai qanbūs atau gambus) dan arak. Maka membatalkan (menghalang) maksiat ini adalah wajib dengan segala yang termampu selama tidak membawa kepada maksiat yang lebih keji atau sama dengannya. Dan ini terpakai kepada mana-mana individu dan rakyat.
Lihat Ihya’ Ulum al-Din (2/382-384)
Semoga Allah membantu kita memelihara Muslim dan Islam
Dr. Ahmad Sanusi Azmi
Sumber: http://www.muftiwp.gov.my/ms/artikel/bayan-linnas/1823-bayan-linnas-siri-41-g25-dan-isu-khalwat
Thus Article Operasi Khalwat vs ajaran Mujahid
Itulah artikel Operasi Khalwat vs ajaran Mujahid Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.
Anda sedang baca artikel Operasi Khalwat vs ajaran Mujahid dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2018/10/operasi-khalwat-vs-ajaran-mujahid.html
0 Response to "Operasi Khalwat vs ajaran Mujahid"
Catat Ulasan