Loading...

NGO gesa Khalid Samad batal Oktoberfest

Loading...
NGO gesa Khalid Samad batal Oktoberfest - kawan-kawan Hallo news malaysia on record, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk NGO gesa Khalid Samad batal Oktoberfest, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : NGO gesa Khalid Samad batal Oktoberfest
link : NGO gesa Khalid Samad batal Oktoberfest

Baca juga


NGO gesa Khalid Samad batal Oktoberfest

PUTRAJAYA1 Safar 1440HRabu – Gerakan Srikandi Malaysia menggesa Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Abdul Samad menghalang penganjuran pesta arak Oktoberfest 2018 yang akan berlangsung di ibu negara, esok.
Penerajunya, Wan Asshima Kamaruddin berkata, memorandum bantahan pesta arak 2018 telah diserahkan kepada wakil Kementerian Wilayah Persekutuan.
Katanya, acara tahunan Oktoberfest perlu dibatalkan kerana ia mencemarkan kedudukan agama Islam dan integriti orang Melayu, dan menjadi penyebab gejala sosial terus meningkat.
“Kami Gerakan Srikandi Malaysia mendesak agar Menteri Wilayah Persekutuan dan menteri-menteri berkaitan untuk mengambil tindakan segera, supaya gejala sosial tidak akan terus memusnahkan masa depan negara.
“Oktoberfest berasal dari Jerman, dan tidak ada kena mengena dengan budaya dan sejarah negara kita, jadi tidak ada kewajaran untuk menyambutnya, kedatangan acara ini ibarat anasir luar yang menganggu gugat dan merosakkan imej Islam,” katanya seperti dilapor akhbar tempatan.
Beliau berkata demikian di pekarangan Kementerian Wilayah Persekutuan, di sini, hari ini.
Lebih parah Asshima berkata, pesta arak itu diadakan di lokasi awam, pusat beli belah Mid Valley yang mudah diakses dan secara tidak langsung menarik minat anak muda Melayu Islam.
“Kami mendesak agar penganjur memahami majoriti penduduk di sini Melayu Islam sebanyak 65 peratus dan kedatangan festival ini ternyata menyentuh sensitiviti umat Islam di negara ini.
“Bahkan dalam poster festival arak ini juga tidak menyatakan sekatan ke atas orang Melayu Islam untuk menyertainya,” katanya.
Oktoberfest 2018 yang akan berlangsung esok di Mid Valley mengandungi pengisian festival makanan, hiburan, muzik dan arak.
Sebelum ini, pesta arak telah diadakan pertama kalinya pada tahun 2012 – sebagai merayakan pembuatan beer di Malaysia. Ia diadakan di Taps Beer Bar di Changkat Bukit Bintang, Kuala Lumpur dengan kehadiran lebih kurang hanya 200 orang pengunjung.
Pada tahun 2016, pesta ini diadakan di Publika Shopping Gallery dengan menyediakan 150 jenama arak dihadiri oleh 3,500 orang.
Pada tahun lepas pula, Better Beer Festival yang dianjurkan oleh pengedar bir MyBeer (M) Sdn Bhd yang mana acara utamanya ialah untuk merasai produk pengeluar bir bebas. - ismaweb


Thus Article NGO gesa Khalid Samad batal Oktoberfest

Itulah artikel NGO gesa Khalid Samad batal Oktoberfest Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel NGO gesa Khalid Samad batal Oktoberfest dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2018/10/ngo-gesa-khalid-samad-batal-oktoberfest.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "NGO gesa Khalid Samad batal Oktoberfest"

Catat Ulasan

Loading...