Loading...

Mufti N.9 nasihat Mujahid: "Dulu dia baik, tak tahu lah kenapa berubah"

Loading...
Mufti N.9 nasihat Mujahid: "Dulu dia baik, tak tahu lah kenapa berubah" - kawan-kawan Hallo news malaysia on record, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Mufti N.9 nasihat Mujahid: "Dulu dia baik, tak tahu lah kenapa berubah", Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Mufti N.9 nasihat Mujahid: "Dulu dia baik, tak tahu lah kenapa berubah"
link : Mufti N.9 nasihat Mujahid: "Dulu dia baik, tak tahu lah kenapa berubah"

Baca juga


Mufti N.9 nasihat Mujahid: "Dulu dia baik, tak tahu lah kenapa berubah"


SEREMBAN – “Saya rasa Dr Mujahid sudah lupa asas perjuangan Islam. Dulu dia baik-baik saja, tak tahulah kenapa dia berubah sekarang,” kata Mufti Negeri Sembilan, Datuk Mohd Yusof Ahmad.
Mohd Yusof turut kecewa dengan dengan kenyataan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa yang dilaporkan media bahawa tiada lagi tangkapan khalwat dilakukan pada waktu malam.
Mohd Yusof berkata, ketika menjadi pembangkang, Mujahid individu yang sering dilihat mempertahankan Islam namun keadaan kini jelas berubah.
“Jika dia lupa, saya ingatkan semula bahawa mencegah kemungkaran dituntut dalam agama. Ia bukan buatan ustaz-ustaz, individu mahupun Mujahid sendiri tetapi ketetapan Allah SWT,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.
Menurut Mohd Yusof, al-Quran dan hadis mengkehendaki umatnya mencegah kemungkaran dengan kemampuan dan kebolehan sedia ada.
“Mencegah kemaksiatan adalah tugas kerajaan dan anologi diguna pakai bertentangan kehendak Islam,” katanya.
Beliau memberi contoh jika seorang nenek menjerit dalam rumah kerana diancam bunuh oleh cucu dan jeritan didengari penduduk, adakah ia bukan tugas kerajaan mahupun masyarakat?
“Alasan perbuatan maksiat yang berlaku dalam rumah bukan tugas kerajaan adalah salah kerana kita berkemampuan membendungnya,” katanya.
Menurut Mohd Yusof, Mujahid perlu bermuhasabah diri dan ‘berehat’ sekiranya ‘penat’.
“Kenapa semakin lama semakin mengganggu gugat Islam. Bermula isu LGBT (Lesbian, Gay, Bisexual & Transgender), penutupan pusat tahfiz dan hari ini isu khalwat pula.
“Saya percaya ada desakan daripada pihak tertentu yang mahu mengucar-ngacirkan jabatan agama Islam,” katanya.
Mohd Yusof berkata, dalam pengetahuan, negara ini memiliki enam pusat gay terbesar namun sedikitpun tidak diusik.
“Tetapi mereka mengusik Islam dan percayalah suatu hari nanti mereka jualah yang akan dihadapkan terlebih dulu di hadapan Allah,” katanya. – BH


Thus Article Mufti N.9 nasihat Mujahid: "Dulu dia baik, tak tahu lah kenapa berubah"

Itulah artikel Mufti N.9 nasihat Mujahid: "Dulu dia baik, tak tahu lah kenapa berubah" Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Mufti N.9 nasihat Mujahid: "Dulu dia baik, tak tahu lah kenapa berubah" dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2018/10/mufti-n9-nasihat-mujahid-dulu-dia-baik.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Mufti N.9 nasihat Mujahid: "Dulu dia baik, tak tahu lah kenapa berubah""

Catat Ulasan

Loading...