Loading...

Ka Siong menentang keras perjumpaan MCA, Tun M

Loading...
Ka Siong menentang keras perjumpaan MCA, Tun M - kawan-kawan Hallo news malaysia on record, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Ka Siong menentang keras perjumpaan MCA, Tun M, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Ka Siong menentang keras perjumpaan MCA, Tun M
link : Ka Siong menentang keras perjumpaan MCA, Tun M

Baca juga


Ka Siong menentang keras perjumpaan MCA, Tun M

Timbalan Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong menentang keras sebarang idea untuk berjumpa dengan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad bagi membincangkan kerjasama antara MCA dan PPBM.
Ka Siong berkata, cadangan yang dikemukakan oleh kem Gan Ping Sieu dan Datuk Tee Siew Kiong yang masing-masing akan bertanding jawatan Presiden dan Timbalan Presiden MCA itu dianggap sebagai jauh daripada realiti.
“Dengan hanya satu kerusi di Parlimen mengapa Dr. Mahathir akan bersetuju untuk berjumpa dan mengalu-alukan anda sebagai sekutu?
“Realitinya hari ini MCA adalah pembangkang, jadi marilah kita bekerja keras untuk menjadi parti pembangkang yang membina dan mempunyai reputasi. Kita harus bersama-sama rakyat untuk bersuara,” kata Ka Siong yang turut bertanding jawatan Presiden MCA pada pemilihan parti nanti.
Laporan media sebelum ini menyebut, Siew Kiong menawarkan diri untuk berjumpa dan berbincang dengan Dr. Mahathir mengenai kerjasama yang boleh mendatangkan manfaat kepada masyarakat Cina di Malaysia.
Menurut Siew Kiong, kerjasama itu berasaskan prinsip bahawa MCA sebuah parti bebas dan tidak terikat dengan mana-mana pihak.
Siew Kiong turut dilaporkan sebagai berkata, hasil lawatannya ke 160 bahagian MCA mendapati ramai yang menyokong rancangan parti itu keluar daripada Barisan Nasional kerana kekalahan MCA pada Pilihan Raya Umum ke-14 lalu disebabkan isu yang melingkari rakan dalam gabungan tersebut.
Ka Siong menegaskan masa depan MCA terletak pada keazaman parti itu untuk menjadi bebas dan berdikari. Menurut beliau, MCA mesti mengelak daripada menipu diri sendiri dengan idea-idea yang tidak realistik yang menghalang parti itu daripada membuat penyelesaian praktikal untuk masalah yang sedang dihadapi.
Politik bukan hanya berkaitan pelantikan dan jawatan menteri. Ia juga bukan tentang bergantung kepada mereka yang mempunyai kuasa untuk keuntungan peribadi.
“Kita tidak boleh melupakan niat asal kita iaitu untuk berkhidmat kepada rakyat dan bercakap bagi pihak rakyat. Kita perlu berpegang teguh kepada prinsip parti dan memberikan masa depan yang cerah untuk diri kita sendiri,” kata Ka Siong dalam hantaran terbaharu di Facebook beliau hari ini.-UTUSAN ONLINE


Thus Article Ka Siong menentang keras perjumpaan MCA, Tun M

Itulah artikel Ka Siong menentang keras perjumpaan MCA, Tun M Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Ka Siong menentang keras perjumpaan MCA, Tun M dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2018/10/ka-siong-menentang-keras-perjumpaan-mca.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Ka Siong menentang keras perjumpaan MCA, Tun M"

Catat Ulasan

Loading...