Loading...

Ismail Sabri ingatkan Khairy risiko kritik parti berterusan

Loading...
Ismail Sabri ingatkan Khairy risiko kritik parti berterusan - kawan-kawan Hallo news malaysia on record, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Ismail Sabri ingatkan Khairy risiko kritik parti berterusan, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Ismail Sabri ingatkan Khairy risiko kritik parti berterusan
link : Ismail Sabri ingatkan Khairy risiko kritik parti berterusan

Baca juga


Ismail Sabri ingatkan Khairy risiko kritik parti berterusan


KUALA LUMPUR: Naib Presiden Umno, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengingatkan Khairy Jamaluddin terhadap risiko mengkritik parti secara berterusan kerana beliau sepatutnya memberi ruang kepada pucuk pimpinan baru menerajui parti.
Beliau menasihatkan bekas ketua Pemuda Umno itu untuk kembali bersama pucuk pimpinan memulihkan parti.
“Inilah yang berlaku dahulu sewaktu Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Mukhriz Mahathir dan sebagainya dipecat suatu ketika dahulu ketika menentang presiden secara terbuka,” katanya selepas Perhimpunan Agung Umno ke-72 melabuhkan tirai hari ini.
“Dia sebagai bekas ketua Pemuda Umno, pemimpin yang lama di dalam Umno, dia sepatutnya tahu apakah risiko, apakah yang sepatutnya dibuat dan sebagainya.
“Kita tidak boleh tentukan apa keputusan yang hendak dibuat terhadap beliau (Khairy), cumanya saya berharap beliau kembali menjadi ahli pasukan Umno. Keputusan ramai mesti dihormati melebihi keputusan peribadi.”
Terdahulu, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi memberi amaran kepada ahli dan pemimpin Umno tidak menyerang parti sehingga membuka peluang kepada musuh kerana ia adalah pengkhianatan kepada parti.
Presiden Umno itu berkata, beliau terbuka menerima pandangan dan kritikan untuk memperbaiki kelemahan, tetapi bukannya sehingga tahap memecahbelahkan parti.
“Jika ada yang tebuk kapal dari dalam untuk bocor, itu bukan perbezaan pendapat, tetapi pengkhianatan kepada parti, sudah-sudahlah berbeza pendapat.
“Saya amat terbuka, tetapi bila diasak ke dinding, keterbukaan saya ada hadnya. Ini Zahid Hamidi, saya letak noktah di situ, mereka tahu DNA saya dalam perjuangan macam mana.
“Saya tidak mahu dilihat warna sebenar, jika ada harimau dan singa dalam hati saya, yang keluar kambing, dalam hal ini saya fikir kita mesti bersatu hati,” katanya dalam ucapan penggulungannya hari ini.
Ismail Sabri mengingatkan Khairy untuk menyuarakan pandangan melalui saluran dalaman, bukannya menggunakan media untuk menyerang pemimpin Umno.
“Kita ada ruang untuk kita, seperti perjumpaan dengan presiden, dialog tertutup dan sebagainya. Ini yang seharusnya digunakan oleh kita sebagai ahli dan pemimpin.
“Kita mesti bersama pasukan, tidak boleh bersendirian dan menentang secara bersendirian, walaupun presiden parti menyatakan beliau meraikan perbezaan pendapat.” - fmt


Thus Article Ismail Sabri ingatkan Khairy risiko kritik parti berterusan

Itulah artikel Ismail Sabri ingatkan Khairy risiko kritik parti berterusan Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Ismail Sabri ingatkan Khairy risiko kritik parti berterusan dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2018/10/ismail-sabri-ingatkan-khairy-risiko.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Ismail Sabri ingatkan Khairy risiko kritik parti berterusan"

Catat Ulasan

Loading...