Loading...
Tajuk : Ayam masak ungkep, menu tak pedas dan sesuai untuk kanak-kanak.
link : Ayam masak ungkep, menu tak pedas dan sesuai untuk kanak-kanak.
Ayam masak ungkep, menu tak pedas dan sesuai untuk kanak-kanak.
Ayam masak ungkep, menu tak pedas dan sesuai untuk kanak-kanak. | Assalamualaikum wbt. Resepi berasaskan ayam memang banyak sangat kan. Antara yang paling popular, kari ayam. Haha. Tapi, ada satu menu lagi yang sangat senang dan semestinya sedap.
Menu apa tu?
Inilah dia, ayam masak ungkep. Pernah dengar tak? Mesti pernah dengar kan. Kalau korang nak tau, masakan ni popular di kalangan masyarakat jawa. Suami cikla orang jawa, so cikla taulah. Hehe.
Macam mana nak masak lauk ni? Ala, senang je. Mana yang tak tau tu, meh cikla ajar. Ayam masak ungkep cara cikla.
Ayam masak ungkep, menu tak pedas dan sesuai untuk kanak-kanak.
![]() |
Ayam masak ungkep, menu tak pedas dan sesuai untuk kanak-kanak. |
Sebelum nak masak, kenalah tau bahan-bahannya dulu kan. Betul tak? So, jom check!
Bahan-bahannya :
1. 5 kg ayam (dipotong sederhana besar dan dibersihkan).
1 batang kulit kayu manis.
2 kuntum bunga lawang.
1 labu bawang besar (dipotong bulat).
2 batang serai (diketuk).
1 keping asam keping.
Minyak, garam, dan air secukupnya.
Bahan kisar :
2 sudu besar ketumbar.
3 sudu besar jintan putih.
3 sudu besar jintan manis.
1 inci halia.
1 inci kunyit hidup.
1 labu bawang besar.
4 ulas bawang putih.
Macam mana nak masaknya pula?
Panaskan minyak dalam kuali, dan tumiskan kulit kayu manis, bunga lawang, bawang besar dan serai sampai kekuningan. Kemudian, masukkan bahan kisar dan tumis sampai naik bau.
Selepas itu, masukkan ayam dan gaulkan ayam bersama bahan dal kuali tersebut. Tambahkan air secukupnya dan asam keping, kemudian tutup kuali. Biar ayam empuk dan masak.
Akhir, sekali taburkan garam dan sesuaikan rasa. Gail rata, tutup api dan bolehlah dihidangkan.
So, inilah hasilnya.. Jeng jeng jeng...
![]() |
Ayam masak ungkep, menu tak pedas dan sesuai untuk kanak-kanak. |
Macam mana? Senang je kan? Ayam ungkep ni memang sesuai untuk kanak-kanak sebab tak pedas pun.
Selamat mencuba!
Thus Article Ayam masak ungkep, menu tak pedas dan sesuai untuk kanak-kanak.
Itulah artikel Ayam masak ungkep, menu tak pedas dan sesuai untuk kanak-kanak. Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.
Anda sedang baca artikel Ayam masak ungkep, menu tak pedas dan sesuai untuk kanak-kanak. dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2018/10/ayam-masak-ungkep-menu-tak-pedas-dan.html
0 Response to "Ayam masak ungkep, menu tak pedas dan sesuai untuk kanak-kanak."
Catat Ulasan