Loading...

40 ahli Parlimen Umno jumpa Dr M, dijangka masuk PPBM - A. Kadir Jasin

Loading...
40 ahli Parlimen Umno jumpa Dr M, dijangka masuk PPBM - A. Kadir Jasin - kawan-kawan Hallo news malaysia on record, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk 40 ahli Parlimen Umno jumpa Dr M, dijangka masuk PPBM - A. Kadir Jasin, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : 40 ahli Parlimen Umno jumpa Dr M, dijangka masuk PPBM - A. Kadir Jasin
link : 40 ahli Parlimen Umno jumpa Dr M, dijangka masuk PPBM - A. Kadir Jasin

Baca juga


40 ahli Parlimen Umno jumpa Dr M, dijangka masuk PPBM - A. Kadir Jasin


JOHOR BAHRU: Kira-kira 40 ahli Parlimen Umno dikatakan berkemungkinan meninggalkan parti itu dan menyertai PPBM.
Ahli Majlis Tertinggi PPBM, Datuk A Kadir Jasin berkata, mereka dikatakan berpotensi berbuat demikian kerana sudah beberapa kali menemui Pengerusi PPBM, Tun Dr Mahathir Mohamad, Presiden PPBM, Tan Sri Muhyididn Yassin serta kepimpinan tertinggi parti itu, sama ada berseorangan atau berkumpulan.
“Buat masa ini, belum ada sesiapa yang hampir sampai peringkat (Ahli Parlimen Jeli) Datuk Mustapa (Mohamed menyertai PPBM), walaupun mereka telah berjumpa dengan Tun Dr Mahathir, Tan Sri Muhyiddin dan pemimpin tertinggi PPBM.
“Mereka menggambarkan terbuka memikirkan keluar Umno dan masuk PPBM, tetapi masalahnya mereka terpaksa memikirkan apa yang akan berlaku selepas itu kerana ada di antara mereka mempunyai isu atau terdedah kepada siasatan,” katanya selepas merasmikan Persidangan Perwakilan PPBM Bahagian Tebrau, hari ini.

Turut hadir, Ketua PPBM Bahagian Tebrau, Mazlan Bujang.
Kadir berkata, isu siapa yang akan mewarisi harta Umno turut difikirkan ahli Parlimen berkenaan, memandangkan Umno belum diisytiharkan parti muflis.
Ditanya adakah tujuan mereka menyertai PPBM demi menyelamatkan diri, Kadir berkata, tiada jaminan mereka tidak disiasat setelah menyertai PPBM.
“Hal itu (selamatkan diri) payah hendak cakap…tetapi mana mungkin PPBM atau kerajaan melindungi (mereka).
“Kalau ada bukti kesalahan…saya rasa mungkin terlintas di fikiran, tetapi tidak boleh dikatakan itu syaratnya…tiada jaminan.”
Hari ini, Muhyiddin yang juga menteri dalam negeri mendedahkan beberapa ahli Parlimen Umno berjumpa dengannya, namun tidak keputusan dibuat.
Ditanya berapa ramai pemimpin Umno berjumpa dengannya, Muhyiddin hanya menghitung jari-jarinya tanpa mengulas lanjut.
Malam tadi, Mustapa yang juga bekas menteri perdagangan antarabangsa dan industri menyertai PPBM, selepas meninggalkan Umno 18 September lalu.
Beliau menyerahkan borang keahlian kepada Dr Mahathir selepas mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi PPBM. - fmt


Thus Article 40 ahli Parlimen Umno jumpa Dr M, dijangka masuk PPBM - A. Kadir Jasin

Itulah artikel 40 ahli Parlimen Umno jumpa Dr M, dijangka masuk PPBM - A. Kadir Jasin Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel 40 ahli Parlimen Umno jumpa Dr M, dijangka masuk PPBM - A. Kadir Jasin dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2018/10/40-ahli-parlimen-umno-jumpa-dr-m.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "40 ahli Parlimen Umno jumpa Dr M, dijangka masuk PPBM - A. Kadir Jasin"

Catat Ulasan

Loading...