Loading...
Tajuk : Umbut kelapa masak gulai lemak cili api resepi mak. Wow pedas menyengat!
link : Umbut kelapa masak gulai lemak cili api resepi mak. Wow pedas menyengat!
Umbut kelapa masak gulai lemak cili api resepi mak. Wow pedas menyengat!
Umbut kelapa masak gulai lemak cili api resepi mak. Wow pedas menyengat! | Assalamualaikum wbt. Cikla agak, penggemar masakan kampung mesti tahu dan suka tentang menu ni kan, menu umbut kelapa. Umbut kelapa? Apa benda pulak tu umbut kelapa ye... Untuk pengetahuan korang, umbut kelapa adalah pangkal pucuk kelapa yang belum berkembang di puncak pokok. Biasanya orang kalau tebang pokok kelapa, memang inilah yang mereka cari-cari.
Rasanya umbut batang pisang pun orang makan juga kan. Tapi cikla tak pernah rasa pula!
Macam mana cikla dapat umbut kelapa ni eh? Sebenarnya, nak dijadikan cerita kebetulan abang ipar cikla tebang pokok kelapa dekat depan rumah ni ha. Of course tebang pakai mesin maa.. Ingat Badang je boleh main tolak-tolak je pokok kelapa tinggi menyaup tu. Haha. Kuat nauuu!
So, rezeki nak merasa gulai umbut kelapa kan. Sejujurnya ini pertama kali cikla makan. Dan, memang sedap wehhh... Tapi, yang ni mak cikla yang masak. Tu yang jadi makin sedap tu, air tangan maklah katakan...
Hehe!
Jom check resepinya...
Umbut kelapa masak gulai lemak cili api resepi mak. Wow pedas menyengat!
![]() |
Umbut kelapa masak gulai lemak cili api resepi mak. Wow pedas menyengat! |
Bahan-bahannya :
Umbut kelapa (potong ikut saiz yang disukai dan dibersihkan).
1 labu bawang merah (ditumbuk).
2-3 ulas bawang putih (ditumbuk).
1/2 inci halia (ditumbuk).
8-10 biji cili api (ditumbuk).
Sedikit ikan bilis atau udang kering (ditumbuk).
Sedikit belacan (ditumbuk).
1 kotak santan.
Serbuk kunyit, garam.
Cara nak masak :
Umbut dicelur dahulu sehingga lembut dan buang airnya. Selepas itu, letakkan semula dalam periuk dan tambahkan santan, bahan ditumbuk dan sedikit serbuk kunyit. Paling sedap guna pati santan, biar pekat sikit kuahnya.
Bila dah mendidih, tambahkan garam dan serbuk perasa jika perlu. Untuk hiasan, letak cili merah di belah dua. Siap!
![]() |
Umbut kelapa masak gulai lemak cili api resepi mak. Wow pedas menyengat! |
![]() |
Umbut kelapa masak gulai lemak cili api resepi mak. Wow pedas menyengat! |
So, inilah hasilnya. Memang sedap gulai umbut ni. Rasa manis, lembut, pedas, lemak... Semua ada! Makan dengan nasi panas, lawan pulak dengan ikan masin sambal belacan.. Perghhh.. Terangkat! Tak sedar bertambah-tambah makan.
Kalau cikla, ratah gitu je. Wow!
Selamat mencuba!
Thus Article Umbut kelapa masak gulai lemak cili api resepi mak. Wow pedas menyengat!
Itulah artikel Umbut kelapa masak gulai lemak cili api resepi mak. Wow pedas menyengat! Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.
Anda sedang baca artikel Umbut kelapa masak gulai lemak cili api resepi mak. Wow pedas menyengat! dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2018/09/umbut-kelapa-masak-gulai-lemak-cili-api.html
0 Response to "Umbut kelapa masak gulai lemak cili api resepi mak. Wow pedas menyengat! "
Catat Ulasan