Loading...

SC arah henti serta-merta aktiviti promosi Lavida Coin

Loading...
SC arah henti serta-merta aktiviti promosi Lavida Coin - kawan-kawan Hallo news malaysia on record, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk SC arah henti serta-merta aktiviti promosi Lavida Coin, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : SC arah henti serta-merta aktiviti promosi Lavida Coin
link : SC arah henti serta-merta aktiviti promosi Lavida Coin

Baca juga


SC arah henti serta-merta aktiviti promosi Lavida Coin


Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) pada Rabu mengarahkan penganjur Lavida Coin untuk menghentikan serta-merta semua aktiviti promosi berkaitan urusniaga mata wang digital itu, sementara penelitian lanjut dilakukan ke atasnya.

Pada masa sama, SC turut menyenaraikan penganjur Lavida Coin (DSV Crypto Club, LUX Galaxies and VI Profit Galaxy) yang didapati mempromosi Lavida Coin dalam Senarai Berwaspada Kepada Pelabur (Investor Alert) SC diwww.sc.com.my.

Justeru, pelabur diingatkan agar sentiasa berwaspada dan mengambil langkah- langkah wajar sebelum menyertai mana-mana skim pelaburan, terutamanya skim pelaburan yang membabitkan mata wang kripto dan token digital.

Sebelum ini Datuk Seri Dr Hasmiza Othman selaku pengasas Lavida Coin telah mengadakan pertemuan dengan suruhanjaya itu di Kuala Lumpur pada petang Isnin lalu.

Pertemuan selama dua jam setengah itu bertujuan untuk memberikan kerjasama dalam penelitian SC terhadap Lavida Coin.

Pada 28 Ogos lalu, SC dalam satu kenyataan mengumumkan sedang memantau maklumat mengenai pelancaran mata wang kripto Lavida Coin bagi menentukan sama ada wujud sebarang perlanggaran undang-undang sekuriti.

SC berkata ini berikutan pihaknya menerima pertanyaan mengenai penerbitan kertas putih bagi penawaran Lavida Coin kepada orang ramai.

Kertas putih tersebut mendakwa bahawa Lavida Coin ditawarkan sebagai satu inisiatif pembiayaan swasta untuk pengumpulan modal/dana bagi pembangunan tiga projek.

“Kertas putih tersebut juga mendakwa bahawa hanya melalui pembiayaan ramai sahaja yang dapat memenuhi keperluan pembiayaan itu,” kata SC.

Bank Negara Malaysia turut menyenaraikan pengendali terbitan mata wang kripto Lavida Coin, VI Profit Galaxy (DSV Cryptoclub & LUX Galaxies) dalam senarai Amaran Pengguna Kewangan bank pusat itu.

Senarai Amaran Pengguna Kewangan itu merujuk kepada syarikat dan laman web yang tidak dibenar atau dilulus mengikut undang-undang serta peraturan berkaitan yang ditadbir BNM.

Sebelum ini, Datuk Seri Vida (DSV) dilaporkan memperkenalkan mata wang digital atau kripto dikenali Lavida Coin pada harga awal yang ditetapkan, iaitu 1 LVC bersamaan AS$0.66 (RM2.71).
- mStar


Thus Article SC arah henti serta-merta aktiviti promosi Lavida Coin

Itulah artikel SC arah henti serta-merta aktiviti promosi Lavida Coin Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel SC arah henti serta-merta aktiviti promosi Lavida Coin dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2018/09/sc-arah-henti-serta-merta-aktiviti.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "SC arah henti serta-merta aktiviti promosi Lavida Coin"

Catat Ulasan

Loading...