Loading...

[RASUAH] "Hukuman bunuh? Saya setuju" - Ketua Pesuruhjaya SPRM

Loading...
[RASUAH] "Hukuman bunuh? Saya setuju" - Ketua Pesuruhjaya SPRM - kawan-kawan Hallo news malaysia on record, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk [RASUAH] "Hukuman bunuh? Saya setuju" - Ketua Pesuruhjaya SPRM, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : [RASUAH] "Hukuman bunuh? Saya setuju" - Ketua Pesuruhjaya SPRM
link : [RASUAH] "Hukuman bunuh? Saya setuju" - Ketua Pesuruhjaya SPRM

Baca juga


[RASUAH] "Hukuman bunuh? Saya setuju" - Ketua Pesuruhjaya SPRM

Mohd Shukri juga dalam masa yang sama mencadangkan agar hukuman sebat diberikan kepada individu yang didapati bersalah melakukan rasuah. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Datuk Seri Mohd Shukri Abdull bersetuju sekiranya hukuman bunuh dijatuhkan kepada pelaku rasuah, memandangkan kesalahan tersebut adalah ibu kepada segala jenayah.

Bagaimanapun, beliau berpendapat tahap itu masih belum dapat dilakukan di Malaysia seperti yang dilaksanakan di China.

Beliau turut mencadangkan agar hukuman sebat diberikan kepada individu yang didapati bersalah melakukan rasuah yang dirasakan dapat memberi pengajaran kepada yang lain.

"Hukuman bunuh? Saya setuju, bunuh sahaja seperti yang dilakukan di China. Ini kerana rasuah adalah ibu kepada segala jenayah, dengan rasuah jenayah seperti judi haram, pelacuran, pendatang tanpa izin dan penyeludupan senjata, dan banyak lagi boleh berlaku,
“Saya setuju apa yang dikatakan Perdana Menteri (Tun Dr Mahathir Mohamad) tetapi ia (hukuman bunuh) tidak mungkin boleh dilaksanakan di Malaysia. Kalau tak boleh cara itu, saya cadangkan sebat, kerana sebat ini dapat menghalang pelaku rasuah,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas sesi temu bual di Radio Bernama dan Majlis Deklarasi dan Menandatangani Ikrar Bebas Rasuah Ketua-Ketua Jabatan Bernama di sini, hari ini.

PM Dr Mahathir sebelum ini turut ditanya sama ada beliau menyokong hukuman mati bagi pemimpin yang melakukan rasuah selepas beliau menyampaikan syarahan bertajuk Cabaran Tadbir Urus Yang Baik Dalam Negara Islam pada Isnin di Pusat Pengajian Islam Oxford di Universiti Oxford.

Jawab Dr Mahathir, individu yang didapati bersalah melakukan rasuah oleh mahkamah di Malaysia akan dihukum penjara dan menambah bahawa di sesetengah negara pesalah rasuah ditembak mati tetapi ia tidak akan menyelesaikan masalah itu.


Thus Article [RASUAH] "Hukuman bunuh? Saya setuju" - Ketua Pesuruhjaya SPRM

Itulah artikel [RASUAH] "Hukuman bunuh? Saya setuju" - Ketua Pesuruhjaya SPRM Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel [RASUAH] "Hukuman bunuh? Saya setuju" - Ketua Pesuruhjaya SPRM dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2018/09/rasuah-hukuman-bunuh-saya-setuju-ketua.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "[RASUAH] "Hukuman bunuh? Saya setuju" - Ketua Pesuruhjaya SPRM"

Catat Ulasan

Loading...