Loading...

Kerajaan PH perlu serius bertindak atas RASA BIMBANG Raja Perlis

Loading...
Kerajaan PH perlu serius bertindak atas RASA BIMBANG Raja Perlis - kawan-kawan Hallo news malaysia on record, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Kerajaan PH perlu serius bertindak atas RASA BIMBANG Raja Perlis, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Kerajaan PH perlu serius bertindak atas RASA BIMBANG Raja Perlis
link : Kerajaan PH perlu serius bertindak atas RASA BIMBANG Raja Perlis

Baca juga


Kerajaan PH perlu serius bertindak atas RASA BIMBANG Raja Perlis


Kerajaan Pakatan Harapan (PH) perlu memandang serius dan mencari jalan penyelesaian kepada rasa bimbang Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail terhadap suara-suara ‘sumbang’ yang mempertikaikan perkara asas dalam Perlembagaan.
Felo Utama Institut Kajian Etnik, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Pro­f. Datuk Dr. Teo Kok Seong mendakwa, hal ini kerana trend semasa menyaksikan suara sumbang ber­kenaan semakin banyak berikutan daripada tindakan PH sewaktu masih menjadi pembangkang begitu menggalakkan rakyat untuk bersuara dan melakukan reformasi sehingga mereka menjadi begitu liberal.
Ujarnya, slogan Malaysia baharu juga merupakan suatu isyarat salah kerana bukan semua perkara perlu diperbaharui atau boleh dikritik kerana masih terdapat banyak usaha yang kerajaan terdahulu laksanakan memberi kesan baik.
Dalam bersuara perlukan had, kita boleh mengkritik pelaksa­na­an tetapi bukan dasar negara yang sudah kukuh dan tersemat baik. Dalam hal ini, kerajaan baharu jangan bersikap seperti mahu menjadi hero dengan ingin menukar semua perkara yang telah dilaksanakan kerajaan terdahulu.
“Dalam masa sama, rakyat juga perlu sedar bukan semua benda boleh dikritik, mereka perlu sedar di mana batas dan sempadannya,” katanya ketika dihubungi Mingguan Malaysia hari ini.
Semalam, Tuanku Syed Sirajuddin menzahirkan rasa bimbang kerana akhir-akhir ini terdapat suara-suara ‘sumbang’ yang mempertikaikan perkara-perkara asas dalam Perlembagaan.
Baginda bertitah, pada masa sama, terdapat juga pihak-pihak tertentu yang tidak menghormati prinsip-prinsip Rukun Negara.



Thus Article Kerajaan PH perlu serius bertindak atas RASA BIMBANG Raja Perlis

Itulah artikel Kerajaan PH perlu serius bertindak atas RASA BIMBANG Raja Perlis Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Kerajaan PH perlu serius bertindak atas RASA BIMBANG Raja Perlis dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2018/09/kerajaan-ph-perlu-serius-bertindak-atas.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Kerajaan PH perlu serius bertindak atas RASA BIMBANG Raja Perlis"

Catat Ulasan

Loading...