Loading...

(KENCING RAKYAT) Bukan kerana SST harga kereta turun

Loading...
(KENCING RAKYAT) Bukan kerana SST harga kereta turun - kawan-kawan Hallo news malaysia on record, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk (KENCING RAKYAT) Bukan kerana SST harga kereta turun, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : (KENCING RAKYAT) Bukan kerana SST harga kereta turun
link : (KENCING RAKYAT) Bukan kerana SST harga kereta turun

Baca juga


(KENCING RAKYAT) Bukan kerana SST harga kereta turun


KUALA LUMPUR - Penurunan harga kereta seperti diumumkan lima syarikat automobil bukanlah berpunca daripada pelaksanaan cukai jualan dan perkhidmatan (SST).

Pemantau Kerajaan Malaysia Baharu, Datuk Lokman Noor Adam menasihatkan rakyat agar tidak tertipu kerana penurunan harga automobil memang sudah dirancang.

Menurutnya, ia adalah perkara biasa apabila harga kereta turun pada akhir tahun kerana mahu elak harganya terus susut pada tahun berikutnya.

“Yang lima syarikat kenderaan kata turun harga kereta, ini orchestrated (dirancang). Jangan jadi bodoh kerana setiap hujung tahun memang syarikat kereta akan bagi diskaun.

“Diskaun itu supaya (kereta) dapat dijual sebelum Disember kerana bila masuk 1 Januari, harganya akan turun beberapa peratus sebab bukan lagi dibuat pada tahun 2018.

“Realitinya semua automobil confirm (pasti) naik (harga) bila ada SST,” katanya kepada pemberita ketika menghadiri Himpunan Bantah SST, di sini, tengahari tadi.

Tambah beliau, bukan sahaja harga automobil akan meningkat malah harga tayar dan minyak pelincir akan ikut sama menaik.

“Rakyat sebenarnya dah mula sedar dengan pelaksanaan SST, kos sara hidup tak turun seperti dijanjikan malah makin naik,” ujarnya.

Tegasnya, BN beberapa kali menegaskan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) lebih baik daripada SST namun disebabkan ego, kerajaan baru tetap menghapuskan GST dan mengembalikan SST.

“Kita dah cakap dulu SST ini tak bagus, bukan saya saja cakap tapi Lim Guan Eng (Menteri Kewangan) pun kata GST cukai yang lebih telus dan efisien.

“Tapi sebab ego, dah letak dalam poster (hapuskan GST), jadi suka tak suka benda baik pun dihapuskan,” ujarnya. - Sinar Harian 


Thus Article (KENCING RAKYAT) Bukan kerana SST harga kereta turun

Itulah artikel (KENCING RAKYAT) Bukan kerana SST harga kereta turun Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel (KENCING RAKYAT) Bukan kerana SST harga kereta turun dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2018/09/kencing-rakyat-bukan-kerana-sst-harga.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "(KENCING RAKYAT) Bukan kerana SST harga kereta turun"

Catat Ulasan

Loading...