Loading...

(KAPIR BERKUASA) Ladang babi cemari Pantai2Teluk Kumbar P.Pinang

Loading...
(KAPIR BERKUASA) Ladang babi cemari Pantai2Teluk Kumbar P.Pinang - kawan-kawan Hallo news malaysia on record, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk (KAPIR BERKUASA) Ladang babi cemari Pantai2Teluk Kumbar P.Pinang, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : (KAPIR BERKUASA) Ladang babi cemari Pantai2Teluk Kumbar P.Pinang
link : (KAPIR BERKUASA) Ladang babi cemari Pantai2Teluk Kumbar P.Pinang

Baca juga


(KAPIR BERKUASA) Ladang babi cemari Pantai2Teluk Kumbar P.Pinang


BALIK PULAU, 5 Muharram 1440H, Sabtu – Pakar biologi marin memberi amaran, sisa buangan daripada dua ladang babi boleh mencemarkan kawasan Pantai Gertak Sanggul di sini, dan membawa maut.
Profesor Dr Zulfigar Yasin, dari Universiti Sains Malaysia berkata, ia adalah ‘pencemaran paling buruk’ kerana kawasan itu adalah teluk yang terlindung dengan arus ringan.
“Selain itu, perairan berkenaan juga adalah cetek dengan kuantiti air yang rendah. Jadi, bahan bendasing tercemar akan mudah meracuni perairan itu,” katanya.
Beliau turut menjelaskan, semua haiwan krustasia, daripada kerang hingga udang, akan memakan kotoran babi yang mendap di dasar laut, sekali gus menyerap patogen dan bakteria berbahaya yang dikhuatiri boleh membawa maut.
“Pada tahun 90-an, bau daripada kotoran babi mencemari udara di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang, terutama pada waktu pagi ketika persekitaranya basah. Saya tertanya-tanya berapa ramai orang Pulau Pinang ingat mengenainya.
“Kebanyakan ladang babi terletak di tanah besar sekarang. Jadi saya terkejut melihat kotoran babi yang masih terdapat di pantai itu. Kerajaan negeri benar-benar perlu mengatasinya.
“Ladang babi perlu dipusatkan dan ditukar kepada sistem tertutup. Apabila dipusatkan, mereka boleh berkongsi sistem rawatan sisa buangan,” katanya seperti dilapor The Star, hari ini.
Pada masa sama, Pengerusi Jawatankuasa Alam Sekitar Negeri, Phee Boon Poh berkata, Jabatan Alam Sekitar (JAS) menyedari pencemaran itu dan telah bertemu pemilik ladang babi berkenaan.
Oleh kerana, ia adalah teluk terlindung, Dr Zulfigar memberi amaran bahawa limpahan sisa babi itu dikhuatiri mencemari haiwan laut di sekitar Gertak Sanggul dengan bakteria berbahaya, seperti salmonella, E-Coli dan juga virus Hepatitis A.
Sementara itu, seorang penduduk KH Cham, berkata penduduk di sekitar Gertak Sanggul mengalami kegatalan kulit selepas terkena air laut yang tercemar.
“Teluk kami terlindung daripada arus laut terbuka, jadi sisa ini memerlukan masa yang lama untuk hilang. Apabila nelayan kita kembali, mereka membasuh bot mereka dengan air kelabu yang berbau kotoran babi,” katanya.
Walaupun, aduan telah dibuat dan kakitangan JAS melakukan pembersihan, sisa kotoran itu kembali mencemari pantai berkenaan.
Terdapat dua ladang babi di Gertak Sanggul yang menempatkan sekitar 1,000 ekor haiwan itu.


Thus Article (KAPIR BERKUASA) Ladang babi cemari Pantai2Teluk Kumbar P.Pinang

Itulah artikel (KAPIR BERKUASA) Ladang babi cemari Pantai2Teluk Kumbar P.Pinang Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel (KAPIR BERKUASA) Ladang babi cemari Pantai2Teluk Kumbar P.Pinang dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2018/09/kapir-berkuasa-ladang-babi-cemari.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "(KAPIR BERKUASA) Ladang babi cemari Pantai2Teluk Kumbar P.Pinang"

Catat Ulasan

Loading...