Loading...

Jika Anwar kalah di PD, mungkin disabotaj Azmin Ali dan Tun M

Loading...
Jika Anwar kalah di PD, mungkin disabotaj Azmin Ali dan Tun M - kawan-kawan Hallo news malaysia on record, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Jika Anwar kalah di PD, mungkin disabotaj Azmin Ali dan Tun M, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Jika Anwar kalah di PD, mungkin disabotaj Azmin Ali dan Tun M
link : Jika Anwar kalah di PD, mungkin disabotaj Azmin Ali dan Tun M

Baca juga


Jika Anwar kalah di PD, mungkin disabotaj Azmin Ali dan Tun M


SUNGAI BESAR: Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md Yunos sedia menawarkan diri berkempen untuk Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim bertanding di kerusi Parlimen Port Dickson.
Menurutnya, beliau sendiri akan memberikan sokongan kepada Anwar dalam usaha mengangkat bekas Timbalan Perdana Menteri itu sebagai Perdana Menteri kelapan.
“Alasan saya menyokong beliau (Anwar) menjadi Perdana Menteri disebabkan tidak yakin dengan kerajaan di bawah pimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad.
“Kesempatan dan peluang yang diberikan rakyat kepada Pakatan Harapan (PH) dilihat gagal membawa negara ke arah kecemerlangan pada masa hadapan,” katanya kepada NSTP, hari ini.
Jamal berkata, Pilihan Raya Kecil (PRK) seharusnya diadakan lebih awal sejurus Anwar dibebaskan supaya pemimpin itu diangkat segera menjadi Perdana Menteri.
Beliau turut mengalu-alukan kekosongan kerusi itu bagi memberi laluan kepada Anwar untuk bertanding.
“Jangan bimbang, sekiranya Anwar kalah di sana (Port Dickson), kalau kalah pun, mungkin disabotaj kumpulan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan Dr Mahathir yang bimbang Anwar menjadi Perdana Menteri.
“Jika Anwar kalah sekalipun, boleh bubar lagi kerusi PKR di kawasan Parlimen lain sampailah Anwar berjaya menjadi Ahli Parlimen,” katanya.
Pada masa sama, Jamal juga berpendapat UMNO tidak perlu meletakkan calon untuk bertanding di Port Dickson.
“Bagi saya, beri saja laluan mudah kepada Anwar di kerusi itu,” katanya.
Ahli Parlimen Port Dickson, Datuk Danyal Balagopal Abdullah, semalam mengumumkan mengosongkan kerusi yang disandangnya untuk ditandingi bakal Presiden PKR itu. - BH


Thus Article Jika Anwar kalah di PD, mungkin disabotaj Azmin Ali dan Tun M

Itulah artikel Jika Anwar kalah di PD, mungkin disabotaj Azmin Ali dan Tun M Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Jika Anwar kalah di PD, mungkin disabotaj Azmin Ali dan Tun M dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2018/09/jika-anwar-kalah-di-pd-mungkin.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Jika Anwar kalah di PD, mungkin disabotaj Azmin Ali dan Tun M"

Catat Ulasan

Loading...