Loading...

Isu Tudung Pekerja Hotel Muslimah

Loading...
Isu Tudung Pekerja Hotel Muslimah - kawan-kawan Hallo news malaysia on record, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Isu Tudung Pekerja Hotel Muslimah, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Isu Tudung Pekerja Hotel Muslimah
link : Isu Tudung Pekerja Hotel Muslimah

Baca juga


Isu Tudung Pekerja Hotel Muslimah


Isu Tudung Pekerja Hotel Muslimah
==============
1. Hari ini, saya sempat menyertai pertemuan MACSA (Malaysian Alliance of Civil Society Organisations) bersama YB Dato Dr Mujahid dalam membincangkan isu-isu hak asasi kemanusiaan yang dari perspektif Islam. Salah satu perkara yang dibentangkan adalah isu tudung pekerja hotel Muslimah.

2. Isu ini dibangkitkan sendiri oleh tiga orang wakil pekerja hotel Muslimah yang menceritakan pengalaman mereka diminta oleh pihak hotel untuk menanggalkan tudung. Alasan pihak hotel adalah pemakaian tudung ini tidak menepati “grooming standard” yang ditetapkan.

3. Apa yang lebih mengejutkan adalah, terdapat pekerja Muslimah yang berkerja di bahagian dapur turut di arahkan agar menanggalkan tudung mereka. Ini sangat mengejutkan! Apakah rasional alasan tidak menepati “grooming standard” buat pekerja yang berkerja dibahagian dapur?

4. Ingatkah kita peristwa di mana seorang perempuan Muslimah diselak kainnya sehingga terdedah auratnya, lalu datang seorang Muslim mempertahankan maruah perempuan Muslimah ini. Pemuda Muslim ini kemudian dibunuh oleh sekumpulan yahudi lalu Rasulullah ﷺ mengarahkan tentera Islam memerangi Yahudi Bani Qainuqa’ ini. Maka tercetuslah Perang Bani Qainuqa’.

5. Nah lihatlah! Demi mempertahankan hak dan maruah seorang Muslimah, peperangan telah tercetus! Hari ini Muslimah kita hendak mengenakan tudung di hotel pun masih menjadi isu. Pramugari disarankan berpakaian sopan dikatakan jumud.

6. Adalah diharapkan agar pertemuan ini membuahkan hasil. YB Dato Dr Mujahid tadi sendiri menyatakan sokongan untuk membantu menangani permasalahan ini.

p/s: Harap-harap kumpulan Sisters in Islam boleh bantu memperjuangkan hak asasi wanita ini.

Dr. Ahmad Sanusi Azmi


Thus Article Isu Tudung Pekerja Hotel Muslimah

Itulah artikel Isu Tudung Pekerja Hotel Muslimah Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Isu Tudung Pekerja Hotel Muslimah dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2018/09/isu-tudung-pekerja-hotel-muslimah.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Isu Tudung Pekerja Hotel Muslimah"

Catat Ulasan

Loading...