Loading...

"Ini adalah taktik buli untuk menyingkirkan saya ketuai pembelaan kes Najib"

Loading...
"Ini adalah taktik buli untuk menyingkirkan saya ketuai pembelaan kes Najib" - kawan-kawan Hallo news malaysia on record, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk "Ini adalah taktik buli untuk menyingkirkan saya ketuai pembelaan kes Najib", Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : "Ini adalah taktik buli untuk menyingkirkan saya ketuai pembelaan kes Najib"
link : "Ini adalah taktik buli untuk menyingkirkan saya ketuai pembelaan kes Najib"

Baca juga


"Ini adalah taktik buli untuk menyingkirkan saya ketuai pembelaan kes Najib"


Jika sebelum ini, peguam terkemuka, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah hadir ke mahkamah sebagai peguambela bagi mewakili anak guamnya, namun hari ini, beliau menjadi orang kena tuduh (OKT) selepas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengemukakan empat pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan RM9.5 juta.



Lengkap berpakaian kemas seperti kebiasaan beliau hadir ke mahkamah, Shafee sempat melemparkan senyuman dan mengangkat tangannya kepada petugas media sebaik tiba di mahkamah jam 11 pagi.

Shafee berkata, beliau tidak menjangkakan akan berdepan dengan pertuduhan itu.

"Bagi saya, saya hanya menerima bayaran bagi khidmat guaman yang telah diberikan," katanya.

Menurutnya, kesemua transaksi RM9.5 juta mempunyai resit yang dikeluarkan oleh firmanya terhadap bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai yuran guaman.

"Saya langsung tidak menjangkakan," katanya.

Beliau berkata, sebagai peguam adalah tidak wajar mempersoalkan sumber bayaran.

"Takkan saya nak tanya perdana menteri (Najib) daripada mana sumber wang berkenaan," katanya.

Shafee mendakwa tuduhan yang dikemukakan bermotifkan politik malahan langsung tidak mempunyai asas.

"Ini adalah taktik buli untuk menyingkirkan saya daripada mengetuai barisan pembelaan berhubung kes Najib.

"Mereka tahu kami mempunyai  barisan pembelaan yang terbaik," katanya.

Dakwanya lagi, pihaknya mendengar khabar angin bahawa pertuduhan itu akan dibicarakan bersama kes Najib.

"Khabar angin di Malaysia biasanya tepat.

"Tetapi ia tidak akan terjadi kerana kami mempunyai strategi," katanya pada sidang media selepas selesai membayar jaminan.

Sementara itu, anak sulungnya, Muhammad Farhan yakin pertuduhan terhadap ayahnya mempunyai motif tertentu.

" Ini adalah kesan daripada tindakan ayah sebagai peguam bela Najib," katanya.

Farhan, 29, yang juga peguam berkata, walaupun tidak menyangka bapanya terpaksa berdepan dengan pertuduhan, sokongan tetap akan diberikan.

"Saya tidak pernah terfikir suatu hari nanti perlu menjadi peguam kepada ayah saya, namun, saya tahu besar kemungkinan perkara itu mungkin akan terjadi," katanya. - SH


Thus Article "Ini adalah taktik buli untuk menyingkirkan saya ketuai pembelaan kes Najib"

Itulah artikel "Ini adalah taktik buli untuk menyingkirkan saya ketuai pembelaan kes Najib" Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel "Ini adalah taktik buli untuk menyingkirkan saya ketuai pembelaan kes Najib" dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2018/09/ini-adalah-taktik-buli-untuk.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to ""Ini adalah taktik buli untuk menyingkirkan saya ketuai pembelaan kes Najib""

Catat Ulasan

Loading...