Loading...

Bumiputera tak akan mampu bersaing

Loading...
Bumiputera tak akan mampu bersaing - kawan-kawan Hallo news malaysia on record, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Bumiputera tak akan mampu bersaing, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Bumiputera tak akan mampu bersaing
link : Bumiputera tak akan mampu bersaing

Baca juga


Bumiputera tak akan mampu bersaing


KUALA LUMPUR: Tun Dr Mahathir Mohamad melahirkan kebimbangan terhadap Bumiputera dan orang Melayu yang tidak mampu bersaing jika Malaysia menerima kehadiran ramai usahawan dan peniaga dari China.
Perdana Menteri berkata, kehadiran peniaga dan usahawan itu berbeza dengan masyarakat Cina yang sudah tinggal lama di negara ini yang dahulunya terbabit dalam perniagaan kecil serta menjadi buruh kasar.
“Hari ini anak-anak orang Cina kita dapati mereka sudah mencapai kejayaan, ada yang jadi jutawan, perniagaan mereka makin besar, malah bangunan pencakar langit dimiliki oleh mereka.
Jika kita bawa masuk tiga juta lagi orang dari China, apakah yang akan terjadi kepada kita, mereka ini rajin, cergas, berpengetahuan dalam bidang perniagaan, mereka yang datang ini bukan buruh kasar tetapi sudah berjaya, apakah mampu kita bersaing dengan mereka?” katanya.
Beliau berkata demikian pada sesi soal jawab Kongres Masa Depan Bumiputera dan Negara 2018 (KBN 2018) di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur di sini, hari ini.
Dr Mahathir berkata, kehadiran ramai peniaga dan usahawan terbabit juga dikhuatiri boleh menyebabkan Bumiputera dan orang Melayu kehilangan tempat tinggal.
“Saya yakin jika kita terima masuk tiga juta lagi orang dari China, maka kita akan kehilangan tempat kita, mereka yang kaya akan membeli tanah kita, kita akan pindah semakin jauh dari bandar sehingga kita terpaksa ke pinggir hutan.
“Inilah gambaran yang saya perhatikan, kita lihat dulu Singapura milik kita, sekarang kita tidak mampu nak kuasai Singapura kerana orang kita kurang daya untuk bersaing dengan orang Cina,” katanya.
Mengenai projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL), Dr Mahathir berkata, kerajaan terpaksa menangguhkan pelaksanaannya kerana beban kos yang terlalu tinggi.
“Kita tidak mampu mempunyai landasan kereta api yang harganya RM55 bilion, Kita tidak mampu (tunggu) sampai 40 ke 50 tahun kita baru nak boleh habis (hutang).
“Sebab itu kita tangguhkan pelaksanaannya sehingga kita mempunyai duit. Ya, kita mengaku perlunya ada landasan kereta api tetapi kita tak ada duit, kalau kita hutang, akan ada masalah kepada negara,” katanya. - SH


Thus Article Bumiputera tak akan mampu bersaing

Itulah artikel Bumiputera tak akan mampu bersaing Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Bumiputera tak akan mampu bersaing dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2018/09/bumiputera-tak-akan-mampu-bersaing.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Bumiputera tak akan mampu bersaing"

Catat Ulasan

Loading...