Loading...

Benarkah Orang MUNAFIQ juga BINA Masjid? Untuk Apa?

Loading...
Benarkah Orang MUNAFIQ juga BINA Masjid? Untuk Apa? - kawan-kawan Hallo news malaysia on record, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Benarkah Orang MUNAFIQ juga BINA Masjid? Untuk Apa?, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Benarkah Orang MUNAFIQ juga BINA Masjid? Untuk Apa?
link : Benarkah Orang MUNAFIQ juga BINA Masjid? Untuk Apa?

Baca juga


Benarkah Orang MUNAFIQ juga BINA Masjid? Untuk Apa?


Masjid Dirar: Memecah-belah Kesatuan Muslim
=================== 

1. Al-Quran mengingatkan kepada kita bahawa pembinaan Masjid Dirar, sekali pun zahirnya kelihatan baik, namun ia dinilai oleh Allah sebagai usaha untuk memecah-belah kesatuan Muslim. Insiden ini menggambarkan kepada kita bagaimana mereka yang tidak suka kepada Islam mampu untuk menggunakan elemen yang kelihatan baik dengan tujuan yang jahat. 

Firman Allah:
وَالَّذِينَ اتَّخَذُوا مَسْجِدًا ضِرَارًا وَكُفْرًا وَتَفْرِيقًا بَيْنَ الْمُؤْمِنِينَ
“Dan mereka yang membina masjid dengan tujuan membahayakan (keselamatan orang-orang Islam), dan (menguatkan) keingkaran (mereka sendiri) serta memecah-belahkan perpaduan orang-orang yang beriman…

2. Menurut al-Imam Ibn Kathir, pembinaan masjid ini adalah atas perancangan Abu Amir al-Rahib, seorang pembesar Khazraj yang mempunyai kedudukan di sisi penduduk Madinah. Namun apabila Rasulullah datang, beliau merasakan kedudukan dan pangkatnya terancam.
Abu Amir bertindak meninggalkan Madinah dan melarikan diri ke Heraclius (pemerintah Rom) untuk meminta bantuan bagi menghancurkan Islam. Abu Amir menulis surat kepada kaum munafiq di Madinah untuk membangunkan Masjid Dirar ini bagi tujuan memecah-belah kesatuan Muslim.

3. Peristiwa ini mengingatkan kepada kita bahawa sifat kecintaan manusia kepada kedudukan di dunia menjadikan manusia sanggup untuk melakukan apa sahaja demi memelihara kekuasaan yang ada ditangannya.

4. Adakalanya manusia akan menggunakan satu elemen yang secara zahirnya kelihatan baik tetapi hakikatnya ia mempunyai kesan yang buruk terhadap Islam dan kesatuan umat Islam itu sendiri.

5. Malah, apa yang lebih teruk lagi, mereka meminta bantuan dari musuh, untuk menghancurkan Islam dan kesatuan umat Islam. Maka dengan itu tidak hairanlah kalau kita perhatikan bagaimana kuasa besar dunia seperti Amerika mempunyai peranan dalam menghancurkan kesatuan umat.

6. Apa yang lebih menyedihkan adalah, muslim itu sendiri yang menjadi punca kejatuhan umat, dengan meminta bantuan dari musuh Islam, semata-mata untuk menjaga kepentingan kedudukannya di dunia.

Moga Allah sentiasa membantu memelihara kesatuan umat Islam

Dr. Ahmad Sanusi Azmi


Thus Article Benarkah Orang MUNAFIQ juga BINA Masjid? Untuk Apa?

Itulah artikel Benarkah Orang MUNAFIQ juga BINA Masjid? Untuk Apa? Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Benarkah Orang MUNAFIQ juga BINA Masjid? Untuk Apa? dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2018/09/benarkah-orang-munafiq-juga-bina-masjid.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Benarkah Orang MUNAFIQ juga BINA Masjid? Untuk Apa?"

Catat Ulasan

Loading...