Loading...
Tajuk : Bagus ke bersikap overthinking?
link : Bagus ke bersikap overthinking?
Bagus ke bersikap overthinking?
Bagus ke bersikap overthinking? | Assalamualaikum wbt. Siapa di antara korang selalu overthinking ('terlajak' fikir) mengenai sesuatu perkara, contohnya penyakit yang korang hidapi? Apa maksud overthinking tu sebenarnya ye? Dan apa pula kesannya pada mereka yang bersikap sedemikian?
Bagi cikla, overthinking atau overthinker adalah mereka yang terlalu memikirkan sesuatu perkara secara keterlaluan sehingga timbul kemungkinan yang mustahil dan mungkin tak terfikir oleh orang lain.
![]() |
Gambar diubahsuai dari carian Google. |
Cikla mengaku, dulu cikla memang seorang yang overthinking. Masa awal-awal dulu cikla didiagnosis dengan penyakit thyroid dan seterusnya kanser thyroid, selalu macam tu.
Overthinker!
Senang cakap 'terlebih fikir', lebih-lebih lagi kalau duduk termenung sorang-sorang. Confirm, macam-macam benda yang keluar dekat fikiran. Biasalah, seorang yang berpenyakit. Apa lagi perkara paling selalu yang dia fikir?
Kalau tak..."aku akan mati"!
"Kalau aku takde nanti, anak-anak aku macam mana?"
"Aku takut nak mengharungi hari-hari mendatangkan dengan penyakit aku ni..."
Macam-macam lagilah!
Tapi, itu dulu. Sekarang tak lagi.
![]() |
Bagus ke bersikap overthinking? Sumber Google. |
![]() |
Bagus ke bersikap overthinking? Sumber Google. |
Tipulah kan kalau cikla cakap yang cikla tak pernah rasa risau, down, give up, sedih, takut dan lain-lain. Tapi, bila datang rasa macam tu, cikla sibukkan diri dengan aktiviti yang cikla suka, sampaikan cikla terlupa tentang sakit.
Alhamdullilah, cikla lebih positif sebab satu je yang cikla pegang dari dulu sampai sekarang, InshaAllah sampai bila-bila...
"UJIAN YANG ALLAH BERI PADA KITA TAK SEBERAT UJIAN ORANG LAIN... ORANG LAIN LEBIH HEBAT UJIANNYA, DAN MEREKA BERSABAR. MENGAPA TIDAK KITA?...
Overthinking hanya membuatkan kita merasa kerisauan yang melampau padahal perkara tu takdelah serumit mana pun. Disebabkan sikap itulah ia sedikit sebanyak turut mempengaruhi personaliti kita... Lepas tu, dengan stress lagi, mulalah memencilkan diri kekonon mahukan ketenangan untuk 'berfikir'.
Bukan kita tak boleh nak 'berfikir' atau 'memikirkan' langsung tentang hal itu, tapi, semuanya perlulah berpada-padalah.
Nasihat cikla pada semua dan diri sendiri juga, nikmatilah hidup ini sebaiknya. Diuji sakit dan musibah bukan pengakhiran hidup. Ia sepatutnya menjadi kekuatan untuk diri kita supaya lebih kuat dan penyebab kita memperoleh rahmat dan nikmat dariNya.
Nasihat cikla pada semua dan diri sendiri juga, nikmatilah hidup ini sebaiknya. Diuji sakit dan musibah bukan pengakhiran hidup. Ia sepatutnya menjadi kekuatan untuk diri kita supaya lebih kuat dan penyebab kita memperoleh rahmat dan nikmat dariNya.
So, berdoalah, berusahalah, dan bertawakkallah kepadaNya. InshaAllah dipermudahkan.
Korang macam mana? Jom share!
#positivevibes
Thus Article Bagus ke bersikap overthinking?
Itulah artikel Bagus ke bersikap overthinking? Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.
Anda sedang baca artikel Bagus ke bersikap overthinking? dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2018/09/bagus-ke-bersikap-overthinking.html
0 Response to "Bagus ke bersikap overthinking?"
Catat Ulasan