Loading...

Azmin: Pilih pemimpin berkuasa, bukan penganggur

Loading...
Azmin: Pilih pemimpin berkuasa, bukan penganggur - kawan-kawan Hallo news malaysia on record, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Azmin: Pilih pemimpin berkuasa, bukan penganggur, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Azmin: Pilih pemimpin berkuasa, bukan penganggur
link : Azmin: Pilih pemimpin berkuasa, bukan penganggur

Baca juga


Azmin: Pilih pemimpin berkuasa, bukan penganggur


Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Azmin Ali menyerang pengkritiknya dengan menggesa ahli PKR memilih pemimpin yang mempunyai kuasa eksekutif atau jawatan dalam kerajaan, bukannya “penganggur”.
Menteri hal ehwal ekonomi itu bagaimanapun tidak menamakan sasarannya, tetapi penyokong Rafizi Ramli yang merupakan pencabar tunggalnya, mendakwa pertembungan Azmin dan bekas ahli Parlimen Pandan itu akan melemahkan struktur kepimpinan parti serta Presidennya, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Azmin turut menasihatkan ahli parti memilih pemimpin “diam-diam ubi berisi”, bukannya “tin kosong” yang gemar membuat tuduhan, tetapi tidak “berisi”.
“Hal ini kerana reformasi bukannya milik sendirian berhad, ia milik rakyat. Ada budak kecil 2, 3 orang yang hendak pertikaikan kesetiaan saya pada perjuangan ini.
“Timbul pula (mereka yang) datang dari estet atau belukar mana yang minta Azmin buktikan kesetiaan pada parti,” katanya berucap di Majlis Perasmian Mesyuarat Agung Tahunan Cabang Perdana Selangor, di Dewan Sivik MBPJ, hari ini.
Rafizi yang merupakan naib presiden PKR, tidak mempunyai sebarang jawatan dalam kerajaan selepas tidak mempertahankan kerusi Parlimen Pandan pada pilihan raya umum Mei lalu kerana disabitkan kesalahan membocorkan maklumat berkaitan National Feedlot Corporation pada Mac 2012.
 Azmin mengangkat sumpah sebagai menteri besar Selangor penggal ke-2 di depan Sultan Selangor pada 11 Mei lalu, sebelum Sultan Sharafuddin Idris Shah memberi perkenan kepadanya untuk memegang jawatan menteri hal ehwal ekonomi, 10 hari kemudian.
Azmin yang menyandang jawatan timbalan presiden PKR sejak 2010, akan dicabar Rafizi dalam pemilihan PKR yang dijadualkan bermula 14 September hingga 13 Oktober ini.
Azmin turut mendakwa segelintir ahli Parlimen PKR mengamalkan survival politik.
Ada ahli Parlimen amalkan survival di Parlimen sebab cium tangan, itu bukannya dahsyat, itu keparat. Kita seharusnya setia pada idealisme perjuangan.
“Saya tidak izinkan mana-mana anggota untuk mencium tangan saya, peluk boleh,” katanya berseloroh di depan kira-kira 500 ahli PKR.
Beliau yakin gabungan beliau dan Anwar mampu mengangkat martabat parti, dengan adanya sokongan ahli.
“Saya tidak dapat lakukan ini tanpa sokongan dan dokongan ahli-ahli parti.” - FMT


Thus Article Azmin: Pilih pemimpin berkuasa, bukan penganggur

Itulah artikel Azmin: Pilih pemimpin berkuasa, bukan penganggur Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Azmin: Pilih pemimpin berkuasa, bukan penganggur dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2018/09/azmin-pilih-pemimpin-berkuasa-bukan.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Azmin: Pilih pemimpin berkuasa, bukan penganggur"

Catat Ulasan

Loading...