Loading...

17 soalan Najib kepada Lim Guan Eng

Loading...
17 soalan Najib kepada Lim Guan Eng - kawan-kawan Hallo news malaysia on record, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk 17 soalan Najib kepada Lim Guan Eng, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : 17 soalan Najib kepada Lim Guan Eng
link : 17 soalan Najib kepada Lim Guan Eng

Baca juga


17 soalan Najib kepada Lim Guan Eng



KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak mengemukakan 17 soalan untuk dijawab Menteri Kewangan, Lim Guan Eng, supaya tidak terus menuding jari terhadap dirinya dalam isu menyentuh hal ehwal ekonomi negara.
Bekas perdana menteri mengemukakan soalan berkenaan atas alasan mahu membantu Setiausaha Agung DAP itu dan orang awam untuk memahami fakta serta kebenaran mengenai isu berkaitan kewangan negara.
“Nampaknya, Menteri Kewangan, Lim Guan Eng masih tak berpuas hati dengan jawapan dan penelitian saya mengenai hal ehwal ekonomi negara.
“Oleh itu, saya kemukakan 17 soalan untuk bantu beliau dan orang awam memahami fakta dan kebenaran mengapa beliau tiba-tiba mahu menuding jari kepada saya,” katanya dalam entri di Facebooknya, malam ini.
Antara soalan dibangkitkan Najib ialah sejauh mana kebenaran kerajaan hilang RM30 bilion atau lebih bagi pendapatan tahun ini berikutan pelaksanaan sifar Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) selama tiga bulan serta pengenalan semula subsidi menyeluruh selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).
Adakah benar Malaysia adalah satu-satunya negara dalam sejarah dunia yang menghapuskan GST dan kembali kepada Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST), pada ketika lebih banyak negara beralih kepada GST bagi meningkatkan daya saing negara mereka?
Adakah benar juga bahawa ada barang yang naik harga selepas SST dilaksanakan?
Adakah benar, sebagaimana pernah dijelaskan sebelum ini, adalah mustahil wang disatukan kerajaan hanya berbaki RM450 juta pada hujung April lalu kerana sentiasa ada ‘buffer’ dua bulan sebagai penampan bayaran gaji dan pencen sekitar RM8 bilion sebulan.
Bagaimanapun, Najib berkata Guan Eng tidak akan berani atau jujur untuk menjawab soalan dikemukakan, dan beliau terpaksa bangkitkan bagi memberi kefahaman kepada rakyat.
“Selepas ini, saya jangka (Veteran DAP) Lim Kit Siang (pula) akan mengeluarkan lagi banyak kenyataan akhbar untuk marah saya.
“Tidak dapat dinafikan Guan Eng adalah ahli politik berbakat, terutama dalam memutar belit dan gemar menyalahkan orang lain dalam meyakinkan penyokongnya, tetapi ini adalah ekonomi sebenar yang berlandaskan kepada fakta angka sebenar dan akan memberi kesan kepada kehidupan 31 juta rakyat Malaysia selain masa depan negara ini,” katanya.
"Tiada sekelumit putar belit pun akan membantu anda jika pengurusan serta dasar anda teruk," katanya.



Thus Article 17 soalan Najib kepada Lim Guan Eng

Itulah artikel 17 soalan Najib kepada Lim Guan Eng Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel 17 soalan Najib kepada Lim Guan Eng dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2018/09/17-soalan-najib-kepada-lim-guan-eng.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "17 soalan Najib kepada Lim Guan Eng"

Catat Ulasan

Loading...