Loading...

Tersurat itu Melayu, Tersirat itu Islam

Loading...
Tersurat itu Melayu, Tersirat itu Islam - kawan-kawan Hallo news malaysia on record, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Tersurat itu Melayu, Tersirat itu Islam, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Tersurat itu Melayu, Tersirat itu Islam
link : Tersurat itu Melayu, Tersirat itu Islam

Baca juga


Tersurat itu Melayu, Tersirat itu Islam

YANG TERSURAT ADALAH ‘WAJAH’ MELAYUNYA
YANG TERSIRAT ADALAH AJARAN ISLAMNYA
Peribahasa melayu selalu terkait dengan keagamaan. Begitu alim orang melayu terdahulu tanpa kita sedari. Berapa banyak pahala mereka sudah kutip walaupun pencipta-pecipta peribahasa ini telah meninggal dunia. Kita masih menggunakan sampai sekarang.
Orang Melayu kata biar pecah di perut, jangan pecah di mulut.
Islam mengajar untuk memegang amanah rahsia.
Orang Melayu kata alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan.
Islam mengajar untuk mengurus sesuatu perkara sesempurna mungkin.
Orang Melayu kata bapa borek anak rintik.
Islam mengajarkan bahawa anak umpama kain puteh, ibu bapanyalah yang mencorakkannya.
Orang Melayu kata melentur buluh biar dari rebung.
Islam mengajar kita untuk mendidik anak sedari umurnya kecil lagi
Orang Melayu kata jangan bercermin di air keruh.
Islam kata mengambil ilmu biarlah dari guru yang benar.
Orang Melayu kata bumi mana tidak ditimpa hujan.
Islam mengajar kita bahawa dunia ini ada masa Allah akan menguji hamba-hambaNya.
Orang Melayu kata habis akal baru bertawakal.
Islam mengajar kita untuk berikhtiar dahulu, kemudian baru bertawakal.
Orang Melayu kata meludah ke langit terkena muka sendiri.
Islam kata jgb buka 'aib orang.Hari ini kamu buka 'aib org, esok lusa Allah buka 'aib kamu
Orang Melayu kata cubit peha kiri peha kanan terasa.
Islam kata ummah itu spt sebadan, sakit satu anggota, sakit semua.
Orang Melayu kata ikut resmi padi, makin berisi semakin tunduk.
Islam kata semakin berilmu, semakin bertawadhu'.
Orang Melayu kata 'bagai menarik rambut di tepung, rambut dapat, tepung tidak berselerak".
Islam sangat menekankan perkara adab, akhlak dan hikmah.
Org Melayu kata biar lambat asal selamat.
Islam kata bersabar, di hujung kesabaran adalah kejayaan.
Orang Melayu kata sebab pulut santan binasa, sbb mulut badan merasa.
Islam kata berapa ramai orang yang binasa disebabkan lisannya.
Orang Melayu kata bulat air kerana pembetung, bulat kata kerana muafakat.
Islam mengajar kelebihan mesyuarah dan muafakat.
Org Melayu kata yg berat sama dipikul, yg ringan sama dijinjing.
Islam sangat memberatkan semangat ukhwah dan tolong menolong dlm jemaah.
"Kembali Melayu pada jatidiri kemelayuannya, sebagai bangsa yang berjatidiri Islam"
Wallahu'alam..
sumber : Abnaa Ul Jawi


Thus Article Tersurat itu Melayu, Tersirat itu Islam

Itulah artikel Tersurat itu Melayu, Tersirat itu Islam Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Tersurat itu Melayu, Tersirat itu Islam dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2018/08/tersurat-itu-melayu-tersirat-itu-islam.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Tersurat itu Melayu, Tersirat itu Islam"

Catat Ulasan

Loading...