Loading...
Tajuk : (SESUAI JD PM) Anwar cadang kursus Bahasa Melayu untuk Ahli Parlimen
link : (SESUAI JD PM) Anwar cadang kursus Bahasa Melayu untuk Ahli Parlimen
(SESUAI JD PM) Anwar cadang kursus Bahasa Melayu untuk Ahli Parlimen
KUALA LUMPUR - Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta kerajaan mempertimbangkan untuk mengadakan kursus buat Ahli Parlimen yang dilihat lemah dalam tahap penguasaan bahasa Melayu.
Jelasnya, tindakan itu pernah dilakukan oleh Dewan Undangan Negeri Selangor pada tahun 2008 sewaktu gabungan Pakatan Rakyat ketika itu berjaya mengambil alih pemerintahan daripada BN.
Ramai yang menegur prestasi Ahli Parlimen di Parlimen, berucap dalam bahasa yang lemah, kesat dan kurang sopan.
"Bagi yang lemah tak salah bagi Parlimen menganjurkan kursus bahasa... Kalau tak malu nanti kita dengar penguasaan bahasa yang jauh lebih lemah daripada pelajar SPM (Sijil Pelajaran Malaysia)," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas sesi pertemuan bersama sasterawan dan budayawan di pejabatnya di sini petang tadi.
Antara yang hadir ialah Sasterawan Negara, Datuk Seri Abdul Samad Mohamed Said dan Speaker Dewan Undangan Negeri Melaka, Omar Jaafar. - K! ONLINE
Thus Article (SESUAI JD PM) Anwar cadang kursus Bahasa Melayu untuk Ahli Parlimen
Itulah artikel (SESUAI JD PM) Anwar cadang kursus Bahasa Melayu untuk Ahli Parlimen Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.
Anda sedang baca artikel (SESUAI JD PM) Anwar cadang kursus Bahasa Melayu untuk Ahli Parlimen dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2018/08/sesuai-jd-pm-anwar-cadang-kursus-bahasa.html
0 Response to "(SESUAI JD PM) Anwar cadang kursus Bahasa Melayu untuk Ahli Parlimen"
Catat Ulasan