Loading...

Puad Zarkashi - jom bersama Rafizi boikot Petron

Loading...
Puad Zarkashi - jom bersama Rafizi boikot Petron - kawan-kawan Hallo news malaysia on record, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Puad Zarkashi - jom bersama Rafizi boikot Petron, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Puad Zarkashi - jom bersama Rafizi boikot Petron
link : Puad Zarkashi - jom bersama Rafizi boikot Petron

Baca juga


Puad Zarkashi - jom bersama Rafizi boikot Petron


MANA SPRM? BOIKOT PETRON!

MOF menjelaskan, selain Petron (milik Mirzan Mahathir), Shell juga dilantik sebagai pembekal petrol dan diesel kepada kenderaan kerajaan Persekutuan.

Alasannya ialah untuk mengujudkan harga yang kompetitif. 

Persoalannya kenapa tidak diberikan kepada Petronas sahaja. Sepatutnya Petronas diberi keutamaan. Ia adalah GLC. Petronas selamanya memberikan hasil dan dividen kepaa kerajaan. 

Menambah satu lagi syarikat kroni sebagai pembekal menyebabkan hasil Petronas semakin kurang. Sedangkan Tun M masa membangunkan KLCC dan F1 dulu pun gunakan Petronas.

Sebelum ini saya mencadangkan tagline untuk Kerajaan PH ialah “Munafik & Nepotisme”. 

Saya juga mengatakan Tun M ada sindrom ISA (Ikut Suka Aku). 

Kes terbaru ini membuktikan Menteri Kabinet ketandusan moral dan intergriti manakala CEP merestui kroni kapitalisme bermaharajalela. 

Bagaimana Petron antara yang terpilih?

Apatah lagi Tun M baru 3 bulan jadi PM.

Itu melibatkan syarikat anaknya. 




Semalam harga saham Petron naik memuncak 80 sen. SPRM wajar masuk menyiasat. 

Tindakan terbaru kerajaan PH ini sebenarnya mencabar inteligen rakyat yang dijanjikan ketelusan dan menolak nepotisme. 

Kes terbaru ini umpama rompakan di siang hari. 

Beberapa hari selepas PRU 14, OPCOM Holding (Mokhzani Mahathir adalah Pengerusi/CEO) dapat kontrak dari Telekom Malaysia bernilai RM11.6 Juta. 

Apakah selepas ini Marina Mahathir pula dapat kontrak Kerajaan.

Apakah yang boleh dilakukan oleh rakyat? 

Terbaik ialah “boikot minyak Petron”. Lagi pun Petron bermula melalui syarikat “arak” San Miguel di Pilifina. 

Dulu Rafizi pernah mencadangkan kempen boikot minyak Petron. Manakala Awnar pula pembidas kuat penguasaan syarikat arak tersebut yang membeli ESSO sebelum ditukar kepada Petron. 

Ayuh boikot Petron sebagai tanda membantah nepotisme. #BoikotPetron.

Mohd Puad Zarkashi


Thus Article Puad Zarkashi - jom bersama Rafizi boikot Petron

Itulah artikel Puad Zarkashi - jom bersama Rafizi boikot Petron Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Puad Zarkashi - jom bersama Rafizi boikot Petron dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2018/08/puad-zarkashi-jom-bersama-rafizi-boikot.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Puad Zarkashi - jom bersama Rafizi boikot Petron"

Catat Ulasan

Loading...