Loading...

Mat Sabu ibarat ayam berkokok ekor bergelumang tahi

Loading...
Mat Sabu ibarat ayam berkokok ekor bergelumang tahi - kawan-kawan Hallo news malaysia on record, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Mat Sabu ibarat ayam berkokok ekor bergelumang tahi, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Mat Sabu ibarat ayam berkokok ekor bergelumang tahi
link : Mat Sabu ibarat ayam berkokok ekor bergelumang tahi

Baca juga


Mat Sabu ibarat ayam berkokok ekor bergelumang tahi

PAS gesa PH tumpu sejahterakan rakyat, bukan jaja fitnah lapuk

KUALA LUMPUR, 15 Zulhijjah 1439H, Isnin – PAS membidas kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang sekarang ini sibuk semula dengan program ‘Jelajah Malaysia Baru’, berbanding memberi tumpuan mengotakan janji dan meningkatkan keyakinan rakyat serta pelabur.
Menyifatkan jelajah itu sebagai tidak lebih daripada program menjaja fitnah yang diulang-ulang sejak tiga tahun lalu, Ketua Penerangan PAS Pusat, Nasrudin bin Hassan berkata, PH kini sibuk dengan agenda ceramah ala pembangkang untuk membentuk kembali persepsi lapuk yang telah mereka doktrinkan selama ini.
“Mereka tidak selayaknya terus menerus melakukan fitnah lapuk yang entah berapa kali dikitar semula. Lebih memalukan apabila ia dikitar sendiri oleh sang menteri yang tidak ubah lagaknya seperti cybertrooper upahan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Beliau berkata, PH sepatutnya mengambil pelajaran daripada tempoh 100 hari pentadbiran yang menunjukkan prestasi gagal dan mencetuskan satu demi satu pelbagai masalah yang lebih buruk.
“Rakyat terus ditekan dengan pelbagai sekatan kewangan. Bonus tidak diberi. Kenaikan gaji ditangguhkan. BRIM akan dihapuskan. Tol dikekalkan.
“SST lebih menguntungkan peniaga. Harga petrol tidak turun. PTPTN tetap diteruskan. AES terus terpacak. Harga barang tidak turun secara signifikan. Polisi dan keputusan kerajaan banyak flip flop. Apa sebenarnya yang kerajaan telah lakukan?,” katanya.
Nasrudin turut mengecam Presiden Parti Amanah Negara (PAN), Mohamad Sabu kerana meniupkan kembali fitnah PAS menerima wang daripada UMNO dan kerjasama kedua-dua parti itu dengan mengambil contoh Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Kandis; Seri Setia; dan Balakong.
“Malang sekali, beliau nampaknya sengaja mahu melupakan kes Setiausaha Politiknya yang dikaitkan dengan salah guna kuasa dan rasuah mencecah RM800,000 masih disiasat oleh SPRM. Beliau ibarat ayam jantan berkokok berderai-derai, ekor bergelumang tahi,” katanya. - ismaweb


Thus Article Mat Sabu ibarat ayam berkokok ekor bergelumang tahi

Itulah artikel Mat Sabu ibarat ayam berkokok ekor bergelumang tahi Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Mat Sabu ibarat ayam berkokok ekor bergelumang tahi dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2018/08/mat-sabu-ibarat-ayam-berkokok-ekor.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Mat Sabu ibarat ayam berkokok ekor bergelumang tahi"

Catat Ulasan

Loading...