Loading...
Tajuk : Isu BR1M: Nik Nazmi bagi PERINGATAN kepada PH
link : Isu BR1M: Nik Nazmi bagi PERINGATAN kepada PH
Isu BR1M: Nik Nazmi bagi PERINGATAN kepada PH
KUALA LUMPUR: Kerajaan Pakatan Harapan (PH) diingatkan untuk tidak membuat kesilapan dalam hal membabitkan pemberian Bantuan Sara Hidup (BSH) atau sebelum ini dikenali sebagai Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M).
Ketua Pemuda PH Nik Nazmi Nik Ahmad berkata sebarang keputusan perlu dibuat melalui persetujuan gabungan semua parti komponen dalam PH dan kabinet kerajaan susulan manifesto parti telah menjanjikan bahawa BR1M akan dikekalkan untuk golongan B40 (mereka berpendapatan bawah RM3,000 sebulan).
"Sebarang perubahan mesti memastikan penerima tidak terkesan sehingga menjadi lebih susah. Pakatan Harapan tidak boleh membuat kesilapan dalam hal ini, sejarah akan menilai kita," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Beliau mengulas laporan media berhubung keputusan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad untuk mengurangkan pemberian jumlah BR1M sedikit demi sedikit sebelum dihapuskan.
Nik Nazmi yang juga Anggota Parlimen Setiawangsa berkata perkara tersebut tentu menimbulkan kegusaran penerima BSH kerana pemberian wang sudah menjadi bantuan hayat bagi kebanyakan mereka.
Beliau mengakui sistem BSH perlu diteliti semula agar ia menepati matlamat untuk mengurangkan jurang pendapatan dalam masyarakat dan membolehkan penerima berdiri di atas kaki sendiri.
Perancangan ini mestilah dibuat dengan telus dan informasi hendaklah disampaikan kepada rakyat dengan jelas untuk mengelakkan daripada berlaku salah faham, katanya.
-- BERNAMA
Ketua Pemuda PH Nik Nazmi Nik Ahmad berkata sebarang keputusan perlu dibuat melalui persetujuan gabungan semua parti komponen dalam PH dan kabinet kerajaan susulan manifesto parti telah menjanjikan bahawa BR1M akan dikekalkan untuk golongan B40 (mereka berpendapatan bawah RM3,000 sebulan).
"Sebarang perubahan mesti memastikan penerima tidak terkesan sehingga menjadi lebih susah. Pakatan Harapan tidak boleh membuat kesilapan dalam hal ini, sejarah akan menilai kita," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Nik Nazmi yang juga Anggota Parlimen Setiawangsa berkata perkara tersebut tentu menimbulkan kegusaran penerima BSH kerana pemberian wang sudah menjadi bantuan hayat bagi kebanyakan mereka.
Beliau mengakui sistem BSH perlu diteliti semula agar ia menepati matlamat untuk mengurangkan jurang pendapatan dalam masyarakat dan membolehkan penerima berdiri di atas kaki sendiri.
Perancangan ini mestilah dibuat dengan telus dan informasi hendaklah disampaikan kepada rakyat dengan jelas untuk mengelakkan daripada berlaku salah faham, katanya.
-- BERNAMA
Thus Article Isu BR1M: Nik Nazmi bagi PERINGATAN kepada PH
Itulah artikel Isu BR1M: Nik Nazmi bagi PERINGATAN kepada PH Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.
Anda sedang baca artikel Isu BR1M: Nik Nazmi bagi PERINGATAN kepada PH dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2018/08/isu-br1m-nik-nazmi-bagi-peringatan.html

0 Response to "Isu BR1M: Nik Nazmi bagi PERINGATAN kepada PH"
Catat Ulasan