Loading...
Tajuk : Alhamdullilah, result wbs yang sangat positif.
link : Alhamdullilah, result wbs yang sangat positif.
Alhamdullilah, result wbs yang sangat positif.
Alhamdullilah, result wbs yang sangat positif. | Assalamualaikum wbt. Pagi tadi cikla pergi ke IKN sekali lagi untuk buat whole body scan (wbs) pula selepas 4 hari cikla minum iodin. Ini memang prosedur biasa selepas minum iodin. So, kita layan aje ye...
Cikla sampai di sana agak awal jugalah. Sampai sana, setelah membuat beberapa pendaftaran dan bayaran cikla pergi ke Klinik Perubatan Nuklear. Bila masuk dalam tu, keadaan tenang aje. Adalah seorang dua yang menunggu. Mungkin peneman pesakit kot.
Selepas bagi buku appointment pada nurse, baru duduk sekejap cikla dah dipanggil masuk untuk tukar baju hospital dan menanggalkan apa yang tak boleh dipakai sebelum melakukan scan itu.
![]() |
Alhamdullilah, result wbs yang sangat positif. Sumber Google. |
Dah tukar baju semua, duduk lah di tempat menunggu. So, kita tunggu lagi...
Kat dalam tu sejuk. Rasa menyesal pulak tak bawak sweater. Tapi, nak buat macam mana, tahan ajelah. Setelah hampir sejam jugak cikla menunggu, cikla dipanggil masuk untuk scan...
Dup dap dup dap, tetiba berdebar pulak aih!
Berdebar bukan apa, nervous nak tau apakah result selepas wbs ni...
Rasa cikla, tempoh scan tak lama sangat. Adalah dalam 1/2 jam kot cikla baring kat bawah tu... Dah settle semua, cikla diarahkan tukar baju semua dan disuruh tunggu di kaunter depan untuk jumpa doktor pulak.
Lega, lepas dah satu bab!
Alhamdullilah, result wbs yang sangat positif.
![]() |
Alhamdullilah, result wbs yang sangat positif. Sumber Google. |
Rasa debaran makin terasa. Macam lambat pulak nama cikla dipanggil walaupun patient dah tak ramai.
Akhirnya... 'Puan Shahila, masuk bilik 1 ye...'
Cikla melangkah diikuti dengan encik suami. Di dalam bilik, seorang doktor lelaki yang comel dah setia menunggu dengan result wbs tadi...
'Assalamualaikum doktor...' Sapa cikla. Muka doktor tersenyum...
Bagi cikla, seorang doktor haruslah begitu kan. Berwajah sentiasa manis dengan senyuman lebih-lebih lagi berhadapan dengan patient. Barulah patient bersemangat dan sentiasa positif.
Tak gitu!
Ternyata doa cikla dimakbulkan. Terima kasih ya Allah atas nikmat yang Kau berikan. Aku bersyukur padaMu!
Apa yang cikla boleh cakap, result wbs tadi sangat positif. So, doktor cakap dah tak perlu minum iodin lagi. Lepas ni hanya pantau darah saja.
Tapi, masih belum boleh declare bebas kanser lagi sebab bacaan TG terbaru masih pending lagi. TG sebelum ni alhamdullilah turun dari 10 ke 4. Semoga lepas ni lebih baik lagi...
Untuk pengetahuan korang, TG tu adalah bacaan darah yang berfungsi untuk melihat sejauh mana keberkesanan rawatan kanser tiroid. Menurut doktor, bacaan TG yang baik adalah di bawah 2.
![]() |
Alhamdullilah, result wbs yang sangat positif. Sumber Google. |
![]() |
Alhamdullilah, result wbs yang sangat positif. Sumber Google. |
Walau apapun, lega sebab dah tak payah minum iodin lagi. Bukan apa, kesian juga dengan anak-anak yang semakin membesar. Adik Zara tu pun dah pandai tanya mama mana. Sayu pulak hati! Ini adalah pengorbanan ibu untuk keluarga ibu untuk ibu sihat. Semua demi mereka!
Terima kasih kepada yang mendoakan! Oh ye, tempoh kuarantin masih lagi berjalan. Ada lagi 4 hari untuk dihabiskan...
Tapi, takpe. Esok dah boleh start ambil thyroxine balik dan boleh makan macam biasa dah. Badan pun dah lenguh-lenguh lama sangat stop thyroxine!
Alhamdullilah, Alhamdullilah, Alhamdulillah!
Thus Article Alhamdullilah, result wbs yang sangat positif.
Itulah artikel Alhamdullilah, result wbs yang sangat positif. Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.
Anda sedang baca artikel Alhamdullilah, result wbs yang sangat positif. dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2018/08/alhamdullilah-result-wbs-yang-sangat.html
0 Response to "Alhamdullilah, result wbs yang sangat positif."
Catat Ulasan