Loading...

UEC: Keputusan Melaka tidak bertamadun, kata Ridhuan Tee

Loading...
UEC: Keputusan Melaka tidak bertamadun, kata Ridhuan Tee - kawan-kawan Hallo news malaysia on record, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk UEC: Keputusan Melaka tidak bertamadun, kata Ridhuan Tee, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : UEC: Keputusan Melaka tidak bertamadun, kata Ridhuan Tee
link : UEC: Keputusan Melaka tidak bertamadun, kata Ridhuan Tee

Baca juga


UEC: Keputusan Melaka tidak bertamadun, kata Ridhuan Tee



18 Syawal 1439H, Isnin – Kenyataan Ketua Menteri Melaka, Adly Zahari baru-baru ini, bahawa kerajaan negeri akan mengiktiraf Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) sebagai kelayakan memasuki perkhidmatan awam negeri itu, menunjukkan beliau tidak mengetahui apa itu UEC.
Malah, keputusan yang disambut bangga oleh wakil rakyat ultra kiasu dianggap melangkaui peranan Kerajaan Pusat, Kementerian Pendidikan, Dasar Pendidikan Negara, selain bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan.
UEC adalah satu silibus sekolah persendirian Cina yang mana sukatan pelajarannya diambil dari Taiwan. Ia menjadi salah satu isu hangat dan desakan daripada Persatuan Lembaga Pengelola Sekolah Cina Malaysia (Dong Zong) agar ianya diiktiraf dalam sistem pendidikan negara.
Mengulas kenyataan terbaharu UEC oleh Ketua Menteri Melaka itu, pendakwah bebas, Prof Dr Ridhuan Tee Abdullah berkata, langkah itu suatu perbuatan tidak bertamadun.
“Malang sekali, kerajaan Melaka membuat keputusan itu tanpa merujuk Kerajaan Pusat. Ini satu penghinaan. Pemimpin Melaka tahu tak apa itu UEC? Apa yang menyebabkan selama ini UEC tergantung dan tidak diiktiraf sehingga hari ini?
“Jika kerajaan Sarawak yang melakukannya tidaklah sangat menghairankan, kerana kita tertakluk kepada Perjanjian Malaysia 1963. Siapakah yang menentukan Dasar Pendidikan Negara? Kementerian Pendidikan atau kerajaan negeri? Apakah kita mahu mewujudkan pembinaan negara dalam negara? Nampaknya kerajaan Melaka sudah mendahului kerajaan negeri Pulau Pinang? 
“Apakah kerajaan negeri Melaka merasakan kedudukannya sama seperti negeri Sabah dan Sarawak? Adakah kerajaan Melaka merasakan ia mempunyai kuasa autonomi dengan kedudukan sebagai negeri Selat,” katanya dalam satu kenyataan kepada Ismaweb.net.
Ridhuan Tee berkata, UEC bukan sahaja membolehkan pihak tertentu bebas mempunyai kuasa untuk menentukan kurikulum sendiri menggunakan perantaraan bahasa Cina, malah boleh mengadakan peperiksaan sendiri yang dikendalikan guru-guru mereka tanpa merujuk kepada Kementerian Pendidikan dan Lembaga Peperiksaan Malaysia.
Justeru, Ridhuan Tee berkata, perbahasan mengenai UEC sama ada untuk diiktiraf atau tidak memakan masa yang begitu panjang.
“Bukan soal ia diiktiraf sama ada di universiti terkemuka di dunia atau tidak? Ini soal pembinaan negara. UEC ternyata bercanggah dengan Dasar Pendidikan Kebangsaan. Apa guna ia diiktiraf oleh negara terkemuka dunia sekiranya ia bercanggah dengan pembinaan dalam negara.
“Ternyata, UEC tidak mematuhi kehendak Kementerian Pendidikan seperti silibus mata pelajaran asas bernegara terutama Sejarah dan Bahasa Melayu,” katanya.
Pensyarah Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) itu berkata, beliau tidak akan begitu lantang menentang jika UEC mematuhi arahan Kementerian Pendidikan dan menjunjung agenda negara.
Yang menjadi masalah katanya, bila mereka ingkar selepas begitu banyak peluang diberikan.
“KPM hanya mensyaratkan agar UEC memenuhi keperluan Dasar Pendidikan Kebangsaan, seperti yang ditakrifkan dalam Akta Pendidikan 1996. Selain itu, standard komponen Bahasa Malaysia UEC tidak setaraf dengan SPM, liputan kurikulum Sejarah UEC bagi sejarah negara ini juga terhad. Pendek kata, syaratnya amat mudah. Namun terus ditolak ultra kiasu.
“Ingat kata pakar Perlembagaan, Shad Saleem Faruqi, Perlembagaan hanya membenarkan hak untuk belajar bahasa ibunda, bukan hak belajar dalam bahasa ibunda. Jika UEC sangat baik, sila ambil SPM bersekali, dapat dua sijil. Bersusahlah sedikit demi pembinaan negara tercinta,” katanya.



Thus Article UEC: Keputusan Melaka tidak bertamadun, kata Ridhuan Tee

Itulah artikel UEC: Keputusan Melaka tidak bertamadun, kata Ridhuan Tee Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel UEC: Keputusan Melaka tidak bertamadun, kata Ridhuan Tee dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2018/07/uec-keputusan-melaka-tidak-bertamadun.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "UEC: Keputusan Melaka tidak bertamadun, kata Ridhuan Tee"

Catat Ulasan

Loading...