Loading...

Temu Ramasamy : Mufti Perlis: Isu LTTE BELUM Selesai, Tunggu PDRM Siasat

Loading...
Temu Ramasamy : Mufti Perlis: Isu LTTE BELUM Selesai, Tunggu PDRM Siasat - kawan-kawan Hallo news malaysia on record, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Temu Ramasamy : Mufti Perlis: Isu LTTE BELUM Selesai, Tunggu PDRM Siasat, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Temu Ramasamy : Mufti Perlis: Isu LTTE BELUM Selesai, Tunggu PDRM Siasat
link : Temu Ramasamy : Mufti Perlis: Isu LTTE BELUM Selesai, Tunggu PDRM Siasat

Baca juga


Temu Ramasamy : Mufti Perlis: Isu LTTE BELUM Selesai, Tunggu PDRM Siasat


OLEH: Dr. Maza

Apakah Hasil Pertemuan Dr MAZA dengan Dr Ramasamy di Putrajaya Tadi? 

Saya ingin menjelaskan bahawa saya telah memilih untuk hadir dalam pertemuan tersebut. Ini kerana sikap  sanggup berjumpa dan menyatakan pendapat merupakan sikap yang sepatutnya dan ia satu sikap yang bertamadun. Apabila ada pihak yang ingin perundingan dan mencari jalan penyelesaian, kita wajar menyahut hasrat ini. Ini seperti yang dinaskan dalam al-Quran. 

Apakah hasil pertemuan tadi? 

Sekurang-kurangnya TIGA perkara dipersetujui; 

1. Isu LTTE : Sepakat bersetuju bahawa isu itu merupakan isu keselamatan negara. Ini bukan isu peribadi antara kami. Pertemuan tadi bukan platform penentu siapa yang sabit atau siapa yang dibersihkan. Hak penentu dalam isu LTTE ialah pihak polis. Kita membiarkan hal itu di bawah siasatan polis. Kita menunggu kenyataan PDRM. Maka, pertemuan tersebut tidak membincangkan tentang status LTTE dan orang yang terlibat dengannya. Kita serah dan menanti siasatan PDRM. 

2. Isu Dr Zakir Naik: Isu ini diminta jangan dibangkitkan lagi. Serah sahaja kepada pihak Kerajaan. Kabinet telah memutuskannya seperti yang dimaklumkan oleh YAB PM. Maka, tidak perlu dibangkitkan lagi. Apa yang penting, semua penceramah dari semua agama hendaklah mengikut peraturan negara dan tidak menimbulkan apa-apa konflik antara penganut agama dan kaum. 

3. Majlis Keharmonian Agama dan Kaum: Satu platform yang membolehkan tokoh-tokoh pelbagai agama bertemu dan berunding dalam isu-isu yang membabitkan keharmonian antara agama dan kaum perlu diwujudkan. Semua pihak jangan menimbulkan sebarang provokasi yang boleh menegangkan hubungan antara penganut agama dan kaum. Bawa ke meja rundingan terlebih dahulu. Saluran melalui platform tersebut diharapkan dapat membantu ke arah Malaysia yang lebih harmoni dan damai. 

Suasana Pertemuan 

Pertemuan berlaku dengan baik dan hormat menghormati di meja perundingan. Diharapkan ia dapat memberikan mesej kepada pihak lain agar jangan menimbulkan ketegangan antara agama dan kaum dalam negara ini. Fokus kepada bina negara. 

Kesepakatan tiga perkara tersebut bukanlah diputuskan oleh YB Datuk Dr Mujahid, sebaliknya ia diputuskan bersama.


Thus Article Temu Ramasamy : Mufti Perlis: Isu LTTE BELUM Selesai, Tunggu PDRM Siasat

Itulah artikel Temu Ramasamy : Mufti Perlis: Isu LTTE BELUM Selesai, Tunggu PDRM Siasat Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Temu Ramasamy : Mufti Perlis: Isu LTTE BELUM Selesai, Tunggu PDRM Siasat dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2018/07/temu-ramasamy-mufti-perlis-isu-ltte.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Temu Ramasamy : Mufti Perlis: Isu LTTE BELUM Selesai, Tunggu PDRM Siasat"

Catat Ulasan

Loading...